CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pada 1 April 2022, Malaysia akan membuka semula sempadan negara. Pengembara perlu mematuhi semua tatacara pra-pelepasan dan selepas ketibaan. Pengembara yang lengkap vaksin akan menerima Kad Pengembara biru sementara pengembara yang tidak lengkap atau tidak divaksin akan menerima Kad Pengembara merah.

On 1st April 2022, Malaysia will reopen its borders. Travellers should adhere to all pre-departure and on arrival procedures. Travellers who are fully vaccinated will receive blue Traveller Card while travellers who are partially or not vaccinated will receive red Traveller Card.

#ReopeningSafely
Status vaksinasi penerima vaksin jenis Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak tapi pernah dijangkiti COVID-19, akan dikecualikan daripada revokasi selama tempoh 3 bulan.

Namun dua golongan yang tersenarai ini perlu mengambil dos penggalak dengan segera selepas sembuh bagi mengelakkan daripada status lengkap vaksinasi ditukar kepada belum lengkap vaksinasi.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely
Hari ini 1 April 2022, merupakan permulaan peralihan ke fasa endemik 😁
_____________________________________

Today, 1st April 2022 is the beginning of the transition to endemic phase 😁

#ReopeningSafely
Tak sabarnya nak berpuasa bersama keluarga di kampung kan...yelah dah dua tahun tak dapat berpuasa bersama keluarga di kampung...kepada mereka yang ingin pulang ke kampung halaman dengan menaiki kenderaan awam pastikan tiada nyamuk Aedes di dalam bas...nanti tak pasal-pasal kena demam denggi pulak...patuhi SOP juga yer...

Min dan team cari dan musnah mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan...😁

#caridanmusnah
#10minit
#TiadaAedesTiadaDenggi
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 31 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.87. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
PROTOKOL AM PENGEMBARA UMUM PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA MENGGANTIKAN INISIATIF LALUAN PERJALANAN LENGKAP VAKSIN (VACCINATED TRAVEL LANE -VTL) MELALUI PENGANGKUTAN UDARA ANTARA MALAYSIA DENGAN KEMBOJA, SINGAPURA DAN THAILAND.

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia
BORDER OPENING GENERAL PROTOCOL FOR COMMON TRAVELLERS TO REPLACE VACCINATED TRAVEL LANE (VTL) BY AIR INITIATIVE BETWEEN MALAYSIA AND CAMBODIA, SINGAPORE AND THAILAND.

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia
Adakah kanak-kanak di bawah umur 6 tahun perlu mengisi Borang Pra Pelepasan sebelum melawat Malaysia? Jawapannya ialah ya!

Sila rujuk infografik ini.

----------------------------

Do children under the age of 6 need to fill in the Pre-Departure Form before visiting Malaysia? The answer is yes!
Please refer to this infographic.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Perniaga di Bazar Ramadan pastikan perkara berikut di lakukan sebelum dan semasa berniaga di lakukan bagi memastikan makanan yang di sediakan bersih dan selamat.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Bermula 1 April 2022, Jemaah dibenarkan melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf tanpa perlu mengadakan penjarakan fizikal antara Jemaah.

Namun, adalah diingatkan bahawa Jemaah disarankan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surau.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan sebarang risiko kejangkitan COVID-19 dalam kalangan Jemaah kerana sejadah yang tidak dibersihkan dengan sempurna kemungkinan boleh mengandungi kuman virus daripada individu yang telah menunaikan solat di tempat yang sama.

#ReopeningSafely
Kenyataan Akhbar KPK 1 April 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 31 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
● Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Tiga) 3 negeri iaitu WP Kuala Lumpur (57%), Perlis (55%), dan Selangor (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
● Katil Bukan ICU: Dua (3) negeri iaitu WP Putrajaya (96%), Selangor (63%), dan WP Kuala Lumpur (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
● Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1) dan;
● Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 164 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 19%.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/04/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/