CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Penyakit Tibi boleh membawa maut.

Sekiranya anda batuk kering secara tiba-tiba, demam, hilang deria rasa dan sukar bernafas, anda mungkin dijangkiti COVID-19.

Ambil perhatian berkenaan tindakan pesakit TB semasa pandemik.

Kontak Tibi perlu membuat pemeriksaan untuk mengesan jangkitan Tibi.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#investtoEndTB
#sihatmilikku
Pengumuman terkini berkaitan Kiosk Bantuan MySejahtera yang akan berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada 19-20 Februari 2022.

Kiosk Bantuan MySejahtera ini menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera KECUALI daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.

Pengumuman mengenai Kiosk Bantuan MySejahtera untuk PPV industri akan diumumkan nanti.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Bagi tahun 2021, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada bulan Julai hingga September dan mula menunjukkan tren penurunan pada Oktober 2021 hingga Januari 2022.

Penurunan kes kematian ibu hamil akibat komplikasi COVID-19 disumbangkan oleh liputan vaksinasi yang tinggi melebihi 90% dalam kalangan populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah dicapai pada bulan Oktober 2021.

Oleh itu, KKM menyeru semua wanita dan ibu hamil untuk mendapatkan vaksin COVID-19 termasuklah dos penggalak kerana pengambilan vaksin terbukti mengurangkan risiko komplikasi jika dijangkiti COVID-19.

Ibu hamil yang masih belum menerima dos penggalak boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat atau klinik swasta yang terpilih bagi mendapatkan janji temu awal.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati ibu hamil dan ahli keluarga agar terus patuh kepada SOP dan norma baharu bagi mencegah jangkitan COVID-19. 👨‍👩‍👧‍👦

🤰Ini kerana ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

🤰Sekiranya ibu hamil positif COVID-19, sila hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi penilaian risiko kesihatan.
PENGUMUMAN TERKINI BERKENAAN KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA DI WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR.

Bagi individu yang mempunyai masalah notis HSO lambat dikeluarkan, untuk kes kontak rapat atau positif COVID-19, tidak dibenarkan hadir ke kiosk bantuan MySejahtera.

Sila rujuk infografik di bawah.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Perhatian kepada pengunjung yang ingin ke Kiosk Bantuan MySejahtera pada hujung minggu ini, jangan lupa untuk bawa bersama dokumen seperti yang disenaraikan di infografik dibawah.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.24. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pada 18 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,808 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,166,023 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 6,064 (881,950)
Sabah - 5,565 (298,110)
Johor - 2,716 (296,185)
Sarawak - 390 (255,692)
W.P. KL - 1,339 (236,818)
Kedah - 2,537 (207,255)
Kelantan - 1,722 (197,826)
Pulau Pinang - 2,088 (188,583)
Perak - 489 (139,902)
Negeri Sembilan - 1,712 (131,935)
Pahang - 1,376 (115,169)
Melaka - 524 (90,688)
Terengganu - 538 (90,462)
W.P. Labuan - 414 (13,352)
W.P. Putrajaya - 129 (12,387)
Perlis - 205 (9,709)

- COVIDNOW -
Mohon maklum, disebabkan sambutan yang menggalakkan, nombor giliran hari ini untuk kiosk bantuan MySejahtera WTCKL telah habis dikeluarkan. Sila hadir pada tarikh seterusnya. Sebarang kesulitan dikesali. Terima Kasih.

#mysejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely
Kajian Multi-System Inflammatory Syndrome Covid-19 (MIS-C) Malaysia Study Group mendapati sebanyak 174 kes telah dikenalpasti di Malaysia dan 57% daripada keseluruhan kes adalah di dalam kalangan kanak-kanak berumur 5-11 tahun.

MIS-C adalah salah satu penyakit yang serius akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak. Walaupun ianya jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.

Sejumlah besar dari kanak-kanak ini memerlukan rawatan kritikal di PICU. Tujuh kes telah disahkan meninggal dunia.

Dapatkan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 5-11 tahun dengan segera.

Vaksin COMIRNATY UNTUK KANAK-KANAK ini menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur tersebut.

- KPK KKM -
Keutamaan vaksinasi akan diberikan kepada kanak2 berumur 5 hingga 11 tahun dalam 15 kumpulan berisiko dan berpenyakit seperti di lampiran.

- KPK KKM -
[20.02.2022]

Mohon maklum, nombor giliran hari ini untuk kiosk bantuan MySejahtera WTCKL telah habis dikeluarkan. Sila hadir pada tarikh seterusnya. Sebarang kesulitan dikesali. Terima Kasih.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 19 Februari 2022:

Kes sembuh: 18,514 kes [2,919,196 kes kumulatif (91.4%)];
Kes baharu : 28,825 (3,194,848 kes kumulatif);
Kes import : 91 kes [47 warganegara (51.6%); 44 bukan warganegara (48.4%)];
Kes tempatan : 28,734 kes [28,071 warganegara (97.7%); 663 bukan warganegara (2.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 238 kes (97 kes disahkan COVID-19; 141 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 130 kes (57 kes disahkan COVID-19; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

https://kpkesihatan.com/2022/02/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 19 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 28,825 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,194,848 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 7,192 (889,142)
Sabah - 5,359 (303,469)
Johor - 2,715 (298,900)
Sarawak - 376 (256,068)
W.P. KL - 1,247 (238,065)
Kedah - 2,429 (209,684)
Kelantan - 1,885 (199,711)
Pulau Pinang - 2,186 (190,769)
Perak - 475 (140,377)
Negeri Sembilan - 1,457 (133,392)
Pahang - 1,367 (116,536)
Melaka - 818 (91,506)
Terengganu - 616 (91,078)
W.P. Labuan - 368 (13,720)
W.P. Putrajaya - 144 (12,531)
Perlis - 191 (9,900)

- COVIDNOW -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.21. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
STATUS JANGKITAN COVID-19 DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Bermula awal Januari 2022 sehingga pertengahan Februari 2022, bilangan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti COVID-19 adalah seramai 50,826 orang, dengan pecahan kes:
• Kategori 1: 15,817 kes (31.12%);
• Kategori 2: 34,857 kes (68.58%);
• Kategori 3: 120 kes (0.24%);
• Kategori 4: 28 kes (0.006%); dan
• Kategori 5: 4 kes (0.001%).

Graf 1 menunjukkan pola penggunaan katil harian pesakit COVID-19 di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun, di mana ianya didapati semakin meningkat seiring dengan kenaikan kes COVID-19 di dalam negara. Peningkatan dilihat lebih ketara dalam bulan Februari 2022 terutama bagi kategori 2 hingga kategori 5.

Pola yang sama juga diperhatikan bagi penggunaan katil harian pesakit COVID-19 di kalangan kanak-kanak remaja (11-17 tahun) (Graf 2).

Ini mungkin disebabkan oleh penularan Varian Omicron serta peningkatan pergerakan kanak-kanak dalam komuniti susulan pembukaan semula sesi persekolahan, pusat jagaan kanak-kanak dan bayi, lalu menyebabkan risiko pendedahan kanak-kanak kepada jangkitan COVID-19. Kanak-kanak telah terkesan secara langsung akibat pandemik COVID-19 yang telah mengganggu kehidupan keluarga serta aspek sosial mereka. Aspek persekolahan dan pendidikan juga terkesan dan pandemik yang berlarutan ini telah memberi kesan yang tidak sihat kepada perkembangan psikologi dan sosial kanak-kanak.

Meskipun gejala jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak kebiasaannya kurang serius berbanding dewasa, namun terdapat juga kes-kes yang memerlukan rawatan di hospital dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di ICU. Antara gejala yang sering dialami oleh kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 adalah batuk dan selesema berterusan melebihi seminggu, bernafas laju, kurang aktif, kurang selera makan, demam yang berterusan, dan muntah atau cirit birit. Dalam keadaan yang lebih serius, kanak-kanak boleh mengalami sakit dada atau sakit perut, kurang tahap kesedaran, dan juga sawan.

Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu keadaan kritikal yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di mana terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak. Sejak Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun telah mengalami MIS-C akibat jangkitan COVID-19 dengan pecahan umur,
• < 1 tahun : 25 kes (14.4%)
• 1 tahun hingga < 5 tahun : 38 kes (21.8%)
• 5 tahun hingga < 9 tahun : 64 kes (36.8%)
• 9 tahun hingga <12 tahun : 36 kes (20.7%)
• ≥ 12 tahun : 11 (6.3%)

Sehingga kini, tujuh (7) kes (4%) kematian kanak-kanak telah disebabkan oleh MIS-C susulan jangkitan COVID-19. Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-COVID (sindrom COVID-19 selepas fasa akut jangkitan). Data terhad yang diperolehi setakat ini menunjukkan risiko ini adalah lebih rendah berbanding orang dewasa, namun buat masa ini tidak banyak yang diketahui mengenai kesan jangka masa panjang Long-COVID kepada kanak-kanak.

Kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan COVID-19 yang serius adalah golongan pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma, dan obesiti.

Memandangkan kanak-kanak kini merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19, antara kaedah utama bagi mengurangkan risiko ini adalah dengan kawalan kendiri dan juga vaksinasi. Vaksin COVID-19 Comirnaty®️ (Pfizer-BioNTech) telahpun diluluskan penggunaannya untuk kanak-kanak 5 sehingga 11 tahun di Malaysia. Dari kajian klinikal, keberkesanan vaksin ini adalah sebanyak 91% serta berupaya untuk meningkatkan tindakbalas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit COVID-19 yang serius.