CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Beri teguran jika golongan komorbid tidak mengamalkan norma baharu atau melanggar arahan kerajaan.

Teguran mampu menyelamatkan nyawa mereka.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Tahun Baharu 2022.

2021 Berlabuh kini
Membawa dugaan yang dihadapi
2022 kini di sini
Disambut doa Keluarga Malaysia diberkati

Terus amalkan norma baharu demi kesejahteraan kesihatan…

Ikhlas daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selamat Menyambut Tahun 2022.

Jom kita pasang azam 2022 untuk membuat aktiviti cari dan musnah setiap minggu bersama keluarga kita...10 minit jer...pastikan keluarga kita tidak menjadi mangsa Aedes....

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minit
#HapusAedes
#CaridanMusnah
#sihatmilikku
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
31 DISEMBER 2021

SITUASI SEMASA COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,988 kes (2,685,378 kes kumulatif, 97.4%);
• Kes baharu : 3,573 kes (2,758,086 kes kumulatif);
• Kes import : 343 kes (327 warganegara; 16 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,230 kes [3,031 warganegara (93.8%); 199 bukan warganegara (6.2%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 269 kes (217 kes disahkan COVID-19; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 163 kes (83 kes disahkan COVID-19; 80 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,128 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,911 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 217 kluster.

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 31 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:
• Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi - 57 PPS [Pahang (32), Kelantan (17), Selangor (4), Terengganu (3), dan Negeri Sembilan (1)];
• Jumlah negeri dilanda banjir - Lima (5) (Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan);
• Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir - 4,520 orang;
• Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS - 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
• Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir - 444 kes (2 kes hari ini); dan
• Jumlah kluster COVID-19 di PPS: 1 kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).

Baca lagi di: https://kpkesihatan.com/2021/12/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Mesej Pemakanan Sihat Sempena Tahun Baru 2022 oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.
Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID-19.
Dengan pengaktifan MySJ Trace di MySJ, ia membolehkan proses survelans dalam MySejahtera diperkasakan.

Semua rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai aplikasi MySejahtera(MySJ) boleh mengaktifkan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace).

MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minimum.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini.

#LindungDiriLindungSemua
#MySJ
https://fb.watch/afsvw5Kon-/

Sidang Media Menteri Kesihatan
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENANGGUHAN SEMENTARA KEBENARAN PERJALANAN MENGERJAKAN UMRAH
Kes positif COVID-19 pengembara berdasarkan rekod di pintu masuk KLIA.
Status COVID-19 di Malaysia setakat 31 Disember 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

COVID-19 status in Malaysia as of 31 December 2021.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Kadar penggunaan alat bantuan pernafasan, ICU, katil hospital COVID-19 dan pusat kuarantin setakat 31 Disember 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

Utilisation of ventilators, ICUs, hospital beds and quarantine centres as of 31 December 2021.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19)
DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
1 JANUARI 2022