CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Berkuat kuasa, 27 Disember 2021 (Isnin) negara Arab Saudi akan dimasukkan ke dalam senarai negara-negara yang berisiko tinggi.

Pengembara yang tiba ke Malaysia dari Arab Saudi mesti mematuhi protokol yang telah ditetapkan.
Effective 27 December 2021 (Monday) Saudi Arabia will be included in the list of high-risk countries.

Travellers returning to Malaysia from Saudi Arabia must adhere to the protocol that has been set.
Ganda Perlindungan Dengan Dos Penggalak.

Saksikan dalam rancangan What Say You esok di TV2 pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Tan Jenn Zhueng dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.88. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tempoh masa bagi penerima vaksin Pfizer dan Astrazeneca untuk menerima dos penggalak adalah 6 bulan manakala Sinovac pula 3 bulan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pada 26 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,778 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,741,179 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kenyataan Akhbar KPK 26 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 3,539 kes (2,665,034 kes kumulatif, 97.2%);
• Kes baharu : 2,778 kes (2,741,179 kes kumulatif);
• Kes import : 129 kes (124 warganegara; 5 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,649 kes [2,532 warganegara (95.6%); 117 bukan warganegara (4.4%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 306 kes (244 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 170 kes (101 kes disahkan COVID-19; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,103 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 2 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,885 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 218 kluster.

Daripada 2,778 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 60 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 2,718 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
How Dangerous Is Omicron

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Rosvinder Singh, Public Health Medicine Specialist from Kuala Lumpur and Putrajaya Federal Territory Health Department

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pada 27 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,757 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,743,936 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kenyataan Akhbar KPK 27 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,620 kes (2,669,654 kes kumulatif, 97.3%);
• Kes baharu : 2,757 kes (2,743,936 kes kumulatif);
• Kes import : 163 kes (151 warganegara; 12 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,594 kes [2,502 warganegara (96.5%); 92 bukan warganegara (3.5%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 297 kes (247 kes disahkan COVID-19; 50 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 169 kes (96 kes disahkan COVID-19; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,110 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,887 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 223 kluster.

Daripada 2,757 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 40 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 2,717 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Jom baca tips menerima sumbangan. Apajua makanan yang anda terima, lakukan 3 perkara ini.

Terima kasih 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan