CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sempena sambutan perayaan Hari Natal dan Tahun Baru ini, sudah tentu ada yang akan mengambil kesempatan untuk berkunjung menziarahi sahabat handai dan sanak keluarga.

Walaupun sebahagian besar dari Keluarga Malaysia sudah divaksin, kita perlu sentiasa berwaspada dengan mengamalkan kawalan kesihatan kendiri melalui TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform & Seek Help).

Lakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sebelum aktiviti berkumpul atau berkunjung.

Amalkan pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga penjarakan serta elakkan sembang dengan jarak dekat dan berada di dalam ruang yang sempit.

Di samping itu, tingkatkan pengudaraan ketika berada di dalam rumah dan bangunan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit COVID-19.

Semoga Keluarga Malaysia semua kekal selamat!

- KPK KKM -
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3 petang 24 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:
• Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi - 363 PPS;
• Jumlah negeri dilanda banjir - Tujuh (7) (Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, WP Kuala Lumpur, dan Melaka);
• Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir - 53,696 orang;
• Kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir - 405 kes; dan
• Kes positif COVID-19 di PPS: Tiada.

Pada 24 Disember 2021, sebanyak 324 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti berikut:
• Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) : 148 kes
• Penyakit Kulit : 93 kes
• Acute Gastroenteritis (AGE) : 75 kes
• Konjunktivitis : 8 kes

- KPK KKM -
Pastikan amal 4 M ini semasa menghadapi bencana banjir bagi memastikan kesihatan anda sekeluarga terjamin..

Sumber: Nutritionist KKM
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 24 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.89. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PERKEMBANGAN SEMASA VARIAN BAHARU OMICRON (B.1.1.529) DAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN SERTA PENCEGAHAN
DI MALAYSIA
SIASATAN AWAL PENGESANAN KES OMICRON DI INDONESIA YANG BARU PULANG DARI MALAYSIA
Varian baharu Omicron berkemungkinan telah berada dalam komuniti. Terkini 62 kes omicron telah disahkan dengan jujukan genomic penuh. 94 kes telah dikesan tetapi belum disahkan dan ujian jujukan genomic penuh sedang dijalankan.

Adalah disarankan untuk mengambil dos penggalak, patuhi SOP yang ditetapkan dan amalkan TRIIS walau di mana anda berada.

- KPK KKM -
Ketahui bagaimana anda boleh memohon untuk kuarantin di rumah apabila tiba dari luar negara
Pada 25 Disember 2021. Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,160 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,738,401 kes

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Nasihat kepada petugas bagi Mencegah Leptospirosis selepas banjir.

Pakai PPE yang bersesuaian
Balut luka dengan plaster atau balutan kalis air
Pantau gejala setiap hari
Dapatkan rawatan segera jika bergejala

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Nasihat kepada petugas bagi mencegah jangkitan Melioidosis

Pakai PPE yang bersesuaian
Balut luka dengan plaster atau balutan kalis air
Pantau gejala setiap hari
Dapatkan rawatan segera jika bergejala

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku