CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 23 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bantuan makanan cepat basi ketika banjir? Jom amalkan tips ini. Kongsikan juga kepada yang lain. Terima kasih. 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN:
SUMBANGAN MAKANAN SEDIA DIMAKAN

Bagi memastikan sumbangan makanan adalah bersih dan selamat, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menyediakan Panduan Sumbangan Makanan Sedia Dimakan kepada semua penyumbang sebagai rujukan dalam tempoh Musibah Bencana Alam.

#banjir2021

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah demam tifoid adalah

▶️ Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan dan selepas ke tandas
▶️ Hanya gunakan air bersih dan terawat untuk penyediaan makanan
▶️ Minum air yang telah dimasak sehingga mendidih atau air yang telah dibotolkan
▶️ Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna
▶️ Tutup semua makanan

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Pada 24 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,528 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,735,241 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Langkah am pencegahan COVID-19 yang boleh diambil oleh anggota agensi tindak balas & badan-badan sukarela bantuan banjir.

➡️ Memakai PPE yang bersesuaian
➡️ Kerap mencuci tangan
➡️ Melupuskan PPE dengan betul
➡️ Mandi sejurus kembali dari penugasan
➡️ Basuh pakaian menggunakan air bersih dan sabun

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kenyataan Akhbar KPK 24 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,489 kes (2,657,074 kes kumulatif, 97.1%);
• Kes baharu : 3,528 kes (2,735,241 kes kumulatif);
• Kes import : 103 kes (90 warganegara; 13 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,425 kes [3,247 warganegara (94.8%); 178 bukan warganegara (5.2%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 339 kes (261 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 180 kes (117 kes disahkan COVID-19; 63 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,098 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,869 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 229 kluster.

Daripada 3,528 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 66 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,462 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
NASIHAT PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA MENYAMBUT PERAYAAN HARI NATAL SEWAKTU PANDEMIK COVID-19

KKM ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua warga Malaysia yang menyambut perayaan ini, terutamanya buat kakitangan KKM. Semenjak COVID-19 melanda negara ini, masyarakat telah pun menyambut perayaan masing-masing dengan norma baharu. Justeru, KKM ingin mengingatkan keluarga Malaysia yang menyambut perayaan ini supaya sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan kerana pada hakikatnya, kita masih lagi berjuang untuk melawan COVID-19.

Sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi terkini, keluarga Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan panggilan video sebagai gantian amalan ziarah menziarahi. Sekiranya masih lagi merancang untuk berkumpul secara fizikal atau berkunjung untuk sambutan Krismas, lakukan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform dan Seek) terlebih dahulu sebelum menghadiri sambutan tersebut.

Jagalah penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka sepanjang masa kecuali ketika menjamu selera. Elakkan berkongsi perkakas makanan dan minuman. Kerapkan mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer, dan elakkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut.

Sebaiknya, hadkan bilangan orang yang hadir ke perkumpulan keluarga. Ahli keluarga yang tidak sihat dinasihatkan untuk mengelak bercampur gaul bersama ahli keluarga yang sihat. Tempoh masa perkumpulan juga seeloknya dihadkan. Untuk memastikan pengudaraan yang lebih baik, tingkap dan pintu seharusnya dibiarkan terbuka agar pergerakan udara adalah lebih bebas. Jika boleh adakan sambutan tersebut di kawasan luar rumah. Selain itu, elakkan juga dari bersembang secara dekat dan lama ketika sedang berkumpul.

Bagi individu yang dikategorikan sebagai kontak rapat ataupun positif COVID-19, KKM ingin menegaskan bahawa anda perlu disiplin dalam menjalankan kuarantin. Ini bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dan secara tidak langsung dapat melindungi warga tua serta kumpulan-kumpulan rentan daripada dijangkiti COVID-19.

Dengan pematuhan kepada nasihat yang digariskan di atas, anda masih boleh menyambut perayaan ini di samping keluarga tercinta, namun dengan cermat dan selamat. Bagi yang berada di jalan raya sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah ini, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah kepada orang yang anda sayang.

- KPK KKM -
Sempena sambutan perayaan Hari Natal dan Tahun Baru ini, sudah tentu ada yang akan mengambil kesempatan untuk berkunjung menziarahi sahabat handai dan sanak keluarga.

Walaupun sebahagian besar dari Keluarga Malaysia sudah divaksin, kita perlu sentiasa berwaspada dengan mengamalkan kawalan kesihatan kendiri melalui TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform & Seek Help).

Lakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sebelum aktiviti berkumpul atau berkunjung.

Amalkan pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga penjarakan serta elakkan sembang dengan jarak dekat dan berada di dalam ruang yang sempit.

Di samping itu, tingkatkan pengudaraan ketika berada di dalam rumah dan bangunan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit COVID-19.

Semoga Keluarga Malaysia semua kekal selamat!

- KPK KKM -
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3 petang 24 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:
• Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi - 363 PPS;
• Jumlah negeri dilanda banjir - Tujuh (7) (Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, WP Kuala Lumpur, dan Melaka);
• Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir - 53,696 orang;
• Kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir - 405 kes; dan
• Kes positif COVID-19 di PPS: Tiada.

Pada 24 Disember 2021, sebanyak 324 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti berikut:
• Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) : 148 kes
• Penyakit Kulit : 93 kes
• Acute Gastroenteritis (AGE) : 75 kes
• Konjunktivitis : 8 kes

- KPK KKM -
Pastikan amal 4 M ini semasa menghadapi bencana banjir bagi memastikan kesihatan anda sekeluarga terjamin..

Sumber: Nutritionist KKM
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 24 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.89. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PERKEMBANGAN SEMASA VARIAN BAHARU OMICRON (B.1.1.529) DAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN SERTA PENCEGAHAN
DI MALAYSIA