CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Apa Harus Anda Lakukan Ketika Musim Banjir.

Saksikan dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 pada pukul 12 tengah hari bersama Pn. Roselina Mokhtar, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Penyakit Leptospirosis atau kencing tikus lebih senang terjangkiti semasa dan selepas banjir berlaku. Jadi, anda harus peka tentang punca jangkitan, cara jangkitan, komplikasi penyakit serta cara mencegah jangkitan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit Leptospirosis.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Melioidosis juga merupakan penyakit yang boleh dijangkiti daripada tanah dan air yang tercemar terutama selepas hujan atau banjir.

Ambil langkah berjaga-jaga dan segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai simptom-simptom jangkitan Melioidosis.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Pada 23 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,510 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,731,713 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
KKM siap siaga terima kes penyakit bawaan air dan keracunan makanan semasa dan pasca banjir.

Langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri bagi mencegah penyakit-penyakit yang sering terjadi semasa musim banjir adalah seperti berikut:

a. Elak bermain dengan air banjir terutamanya jika mempunyai luka atau masalah kulit bagi mengelakkan risiko jangkitan kuman penyakit Leptospirosis (jangkitan kuman kencing tikus) dan Melioidosis yang ditularkan melalui air banjir yang tercemar;

b. Gunakan alat pelindung diri seperti kasut dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan terutamanya jika melibatkan banjir lumpur;

c. Pastikan sumber air minuman telah dimasak dan makanan yang digunakan adalah bersih bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti Keracunan Makanan, Kolera, Tifoid, Hepatitis A, dan Acute Gastroenteritis (AGE);

d. Sentiasa amalkan penjagaan kebersihan diri iaitu membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan, dan selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir atau kumbahan (sewage);

e. Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kerana pembuangan sampah di merata tempat akan mendatangkan risiko penyakit pembiakan vektor. Semasa banjir, bekas-bekas air yang bertakung akan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan Anopheles. Ini boleh menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan meningkatkan penyebaran penyakit bawaan nyamuk seperti Demam Denggi, Chikungunya dan Malaria;

f. Sekiranya bekalan elektrik terputus, pastikan bekalan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak rosak sebelum dimasak. Elakkan mengambil makanan yang terdedah kepada:
i. air banjir;
ii. yang berada pada suhu bilik melebihi 4 jam; atau
iii. ada perubahan rasa, bau, atau tesktur.

g. Awasi risiko renjatan elektrik sekiranya rumah dinaiki air serta elakkan penggunaan soket elektrik yang terdedah kepada air banjir sebelum ianya dipastikan selamat; dan

h. Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di PPS atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika anda mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, batuk, dan sebagainya.

Maklumat lanjut mengenai langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan implikasi kesihatan akibat banjir dan SOP yang dirujuk adalah seperti berikut:

I. https://www.infosihat.gov.my/index.php/multimedia/e-magazine/item/banjir-2;

II. https://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/covid19/SOP_Pengurusan_Bencana_dan_Pergerakan_Agensi_Responder_ke_Lapangan_Sepanjang_PKP.pdf;

III. https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm/ANNEX_41_GARIS_PANDUAN_PUSAT_PEMINDAHAN_SEMENTARA_MANGSA_BENCANA_BAGI_MENCEGAH_COVID-19_28112021.pdf.

- KPK KKM -
WASPADA RISIKO PENYAKIT KONJUNKTIVITIS SEMASA BANJIR!

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.

#banjir
Demam Tifoid (Kepialu) merupakan sejenis jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi.

Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala Demam Tifoid.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar incidence Covid-19 per 1000 orang penduduk dari 1 hb Nov sehingga 8 Dec 2021. Ternyata kadar adalah tertinggi di kalangan mereka belum divaksinkan iaitu 36.2 per 1000 orang penduduk berbanding dgn Mereka yg sudah divaksinkan.

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar KPK 23 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,998 kes (2,652,585 kes kumulatif, 97.1%);
• Kes baharu : 3,510 kes (2,731,713 kes kumulatif);
• Kes import : 95 kes (80 warganegara; 15 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,415 kes [3,255 warganegara (95.3%); 160 bukan warganegara (4.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 329 kes (255 kes disahkan COVID-19; 74 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 179 kes (121 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,094 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,863 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 231 kluster.

Daripada 3,510 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 59 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,451 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
WASPADA RISIKO PENYAKIT DISENTRI SEMASA BANJIR!

Disentri adalah penyakit jangkitan pada usus yang boleh menyebabkan cirit-birit disertai darah dan lendir, dan boleh meningkat risikonya sewaktu banjir.

Bakteria penyebab disentri ini dapat berpindah melalui sentuhan langsung dengan bakteria pada najis, melalui makanan dan minuman yang tercemar, atau air yang mengandungi bakteria.

Ikuti LANGKAH PENCEGAHAN berikut untuk mengelakkan disentri.

#banjir
Tolong.. Tolong.. Tolong jangan abaikan 6 perkara ini ketika banjir. Kongsikan juga kepada yang lain. Terima kasih. 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 23 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bantuan makanan cepat basi ketika banjir? Jom amalkan tips ini. Kongsikan juga kepada yang lain. Terima kasih. 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan