CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bencana banjir menyebabkan lebih daripada kerosakan harta benda. Ia juga boleh menyebabkan gangguan emosi.

Ketahui tips dalam menangani ketidakstabilan emosi semasa bencana. Jika anda berasa bimbang, berkomunikasilah dengan seseorang yang anda percayai.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan di Talian Sokongan Psikososial KKM-Mercy Malaysia.

Untuk mengetahui sokongan psikososial terdekat yang tersedia untuk anda, anda juga boleh mengimbas kod QR dibawah.

Banyak Cara untuk Bertindak balas, Banyak juga Cara untuk Mengatasi.
‘Jangan simpan ketakutan dan ketidakstabilan emosi anda kepada diri sendiri.’
Pada 21 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,140 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,724,684 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Selain daripada kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19, KKM juga menjangkakan bahawa akan terdapat peningkatan kejadian penyakit berjangkit berkaitan banjir.

Justeru itu, KKM ingin menasihatkan orang ramai yang terlibat di kawasan banjir untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut:

1. Sebaik-baiknya, gunakan alat pelindung diri seperti but getah dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan terutamanya jika melibatkan banjir lumpur. Ini untuk mengelakkan sentuhan terus dengan air banjir bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian penyakit berjangkit berkaitan banjir seperti penyakit leptospirosis (jangkitan air kencing tikus), melioidosis, dan lain-lain penyakit bawaan air dan makanan.

2. Orang ramai dinasihatkan agar mengambil air minum dan makanan yang bersih dan tidak tercemar bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, taun (kolera), hepatitis A dan demam kepialu (tifoid).

3. Mangsa banjir, petugas dan sukarelawan di kawasan banjir juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri semasa banjir iaitu dengan membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan, selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir atau kumbahan (sewage).

4. Hendaklah sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan persekitaran. Pembuangan sampah di merata tempat akan mendatangkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain. Semasa banjir, hujan akan menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan boleh merebakkan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi, chikungunya dan malaria tidak kira semasa banjir atau selepas banjir.

5. Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, batuk dan sebagainya.

KKM telah menyediakan pasukan perubatan di PPS Banjir terutama di PPS yang besar, membekalkan ubat-ubatan asas, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. Ujian saringan COVID-19 dilakukan juga ke atas mangsa banjir sebelum memasuki PPS bagi mengesan awal jangkitan COVID-19 serta memastikan tiada penularan berlaku di PPS.

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar KPK 21 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,278 kes (2,642,469 kes kumulatif, 97.0%);
• Kes baharu : 3,140 kes (2,724,684 kes kumulatif);
• Kes import : 58 kes (51 warganegara; 7 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,082 kes [2,910 warganegara (94.4%); 172 bukan warganegara (5.6%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 353 kes (275 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 189 kes (125 kes disahkan COVID-19; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,086 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,839 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 247 kluster.

Daripada 3,140 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 64 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,076 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Lindungi golongan berisiko tinggi daripada jangkitan COVID-19.

Lakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sebelum aktiviti berkumpul atau berkunjung untuk sambutan Hari Krismas.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
COVID-19 : Penjagaan Kesihatan Sewaktu Musim Banjir

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 21 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KKM KKM -
Buat persediaan awal sebelum tiba musim tengkujuh sekiranya kawasan kediaman anda sentiasa dinaiki air semasa banjir.

Antara persediaan yang boleh dilakukan adalah menyediakan keperluan peribadi diri dan suami, keperluan bayi dan anak, bekalan ubat serta buku rekod kesihatan.

➡️ Anda boleh berhubung dengan pejabat kesihatan untuk khidmat selanjutnya.

➡️ Nasihatkan anak anda supaya tidak bermain air banjir kerana berbahaya.

➡️ Ikut arahan pihak berkuasa semasa di pusat pemindahan banjir.

➡️ Minum air dan makanan yang telah dimasak.

➡️ Selepas banjir surut, pakai kelengkapan yang sesuai semasa kerja-kerja pembersihan selepas banjir dilakukan.

Jaga kesihatan anda walaupun ditimpa musibah.

https://youtu.be/5AoMCa373sM

#banjir
#sihatmilikku
Berikut merupakan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 ketika menyambut Hari Krismas.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENGGANTUNGAN SEMENTARA PENJUALAN TIKET LALUAN PERJALANAN LENGKAP VAKSIN (VACCINATED TRAVEL LANE) ANTARA MALAYSIA-SINGAPURA