CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.92. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.92. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Klik https://bit.ly/33JbJ0x untuk baca Soalan dan Jawapan mengenai Dos Penggalak Vaksin COVID-19 untuk orang awam.
Kombinasi vaksin Sinovac dengan Pfizer atau Astrazeneca sebagai dos penggalak memberikan kadar keberkesanan vaksin yang lebih tinggi.

Dapatkan dos penggalak bagi meningkatkan perlindungan anda.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Terus kekalkan norma baharu ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara Banjir.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/5007820242602800 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Pada 20 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,589 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,721,544 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 berikutan bencana banjir, selepas saringan di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan 181 kes positif.

Hasil saringan setakat jam 11 pagi tadi itu antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (empat).

- KPK KKM -
PENUTUPAN SEMENTARA COVID ASSESSMENT CENTRE (CAC) BERIKUTAN BANJIR NEGERI SELANGOR

Sumber: JKN Selangor
Kenyataan Akhbar KPK 20 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 3,810 kes (2,638,191 kes kumulatif, 96.9%);
• Kes baharu : 2,589 kes (2,721,544 kes kumulatif);
• Kes import : 46 kes (35 warganegara; 11 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,543 kes [2,427 warganegara (95.4%); 116 bukan warganegara (4.6%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 379 kes (307 kes disahkan COVID-19; 72 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 210 kes (142 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,082 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,831 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 251 kluster.

Daripada 2,589 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 66 kes (2.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 2,523 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Sehingga jam 11 pagi, 20 Disember 2021 hari ini, hasil saringan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah mengesan 181 kes positif kategori 1 dan 2.

Berikut adalah pecahan kes positif mengikut negeri.

As of 11 am, 20 December 2021, 181 positive cases, category 1 and 2 were detected following the COVID-19 screening at the Temporary Relief Centres (PPS).

Above is the breakdown of positive cases by state.
Panduan Pendidikan Kesihatan Ketika Banjir
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bencana banjir menyebabkan lebih daripada kerosakan harta benda. Ia juga boleh menyebabkan gangguan emosi.

Ketahui tips dalam menangani ketidakstabilan emosi semasa bencana. Jika anda berasa bimbang, berkomunikasilah dengan seseorang yang anda percayai.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan di Talian Sokongan Psikososial KKM-Mercy Malaysia.

Untuk mengetahui sokongan psikososial terdekat yang tersedia untuk anda, anda juga boleh mengimbas kod QR dibawah.

Banyak Cara untuk Bertindak balas, Banyak juga Cara untuk Mengatasi.
‘Jangan simpan ketakutan dan ketidakstabilan emosi anda kepada diri sendiri.’
Pada 21 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,140 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,724,684 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.