CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 10,959 kes (2,195,669 kes kumulatif, 93.8%);
Kes baharu : 7,373 kes 2,339,594 kes kumulatif);
Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara);
Kes tempatan : 7,371 kes [6,991 warganegara (94.8%); 380 bukan warganegara (5.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 762 kes (702 kes COVID-19; 60 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 410 kes (293 kes COVID-19; 117 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,588 kluster;
Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,778 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 810 kluster.

Daripada 7,373 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
133 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,240 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Peranan guru / pentadbir sekolah sekiranya murid bergejala atau menjadi kontak kes COVID-19.

Pastikan murid membuat ujian saringan COVID-19
Asingkan murid sehingga keputusan saringan COVID-19 diperolehi
Maklumkan kepada ibu bapa murid
Laporkan kepada PKD berhampiran sekiranya keputusan ujian saringan positif.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
Sekiranya anda disahkan positif COVID-19, anda akan mendapat satu pesanan untuk menyenaraikan kontak rapat anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tekan pautan yang diberi dan masukkan maklumat yangh diminta.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Amalkan sanitasi dan disinfeksi tempat atau permukaan yang kerap disentuh seperti tombol pintu, pemegang pam tandas, suis lampu, meja, susur tangga dan sinki.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#anms
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Carta Alir Pemberian Imunisasi COVID-19 kepada Remaja bagi Dos 1 & Dos 2.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
Berapakah Tahap Vaksinasi di Sekolah Anakku?

Di samping kita beralih ke fasa endemik, ibubapa ingin mendapat kepastian bahawa sekolah-sekolah tidak terkecuali dalam #ReopeningSafely.

Untuk menyakinkan ibubapa, KPM dan KKM telah bekerjasama untuk menerbitkan data vaksinasi di peringkat sekolah.

Data itu dapat dicari melalui laman covidnow, serta diterbitkan sepenuhnya di GitHub.

Boleh semak status vaksin sekolah anak anda di pautan https://covidnow.moh.gov.my/school/
Sehingga 11 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,709 kes (2,346,303 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Ketahui ciri baharu yang disediakan di aplikasi Mysejahtera. Ciri baharu ini adalah bagi anda yang ingin ke luar negara dan perlu menunjukan bukti dalam bentuk cetakan.

Ciri ini boleh didapati di profile Mysejahtera anda. Tekan butang 'download' PDF dan tunggu sebentar untuk mendapatkan cetakan tersebut.
Situasi penularan jangkitan COVID- 19 yang semakin pulih dalam beberapa minggu kebelakangan.

Situasi ini sedikit sebanyak menunjukkan kesediaan negara serta masyarakat untuk memasuki fasa peralihan endemik.

- KPK KKM -