CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kenyataan Akhbar KPK 28 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 4,814 kes (474,139 kes kumulatif, 86.3%);
• Kes baharu : 8,290 kes (549,514 kes kumulatif);
• Kes import : 2 kes (2 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 8,288 kes [7,630 warganegara (92.1%); 658 bukan warganegara (7.9%)];
• Kes aktif : 72,823 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 808 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 403 kes;
• Kes kematian : 61 kes (2,552 kes kumulatif, 0.46%; 59 warganegara, 2 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,123 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,509 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 614 kluster.

Sebanyak 61 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, lapan (8) kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Kedah, masing-masing empat (4) kes di Johor dan Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Melaka dan Perak , masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang, Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Terengganu, serta satu (1) kes di Sabah.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini?

Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan.

Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus COVID-19.

Duduklah di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting.

Bantulah selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes COVID-19 tidak terkawal.

Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya. Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital. Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU sudah penuh semuanya.

Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda.

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara
Mesyuarat Penyelarasan Bagi Membincangkan Isu-Isu Kesiapsiagaan Menghadapi Peningkatan Kes COVID-19 Di Negeri Sembilan

KUALA PILAH, 29 MEI 2021 – YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini telah mengadakan satu sesi mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Negeri Sembilan bagi membincangkan secara lanjut isu-isu berkaitan pengurusan sumber manusia dan kewangan dalam menghadapi peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sembilan.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengarah JKN Negeri Sembilan serta beberapa orang pegawai kanan dari Kementerian kesihatan Malaysia.

Semasa mesyuarat tersebut juga, YBhg. Dato’ KSU telah meneliti isu kekurangan peranti perubatan dan keperluan ruang tambahan makmal di Hospital Tunku Ampuan Najihah. Di samping itu, beliau turut membincangkan permasalahan berhubung keperluan pengurusan logistik di Pusat Kuarantin Risiko Rendah Kuala Pilah dalam meningkatkan kapasiti makmal serta membolehkan proses saringan dan pengesanan dilaksanakan dengan lebih efektif.

Dato’ KSU menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan KKM di Negeri Sembilan atas komitmen dan usaha mereka dalam menangani pandemik COVID-19.

#WeServeWithLove
9,020 kes positif baharu dilaporkan hari ini, jumlah kes harian tertinggi pernah dilaporkan.

#COVID-19
Pecahan kes baharu (9,020)