CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Channel name was changed to «CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia»
Penyakit Coronavirus 2019
Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah mula dikesan di negara China dengan kes pertama disahkan pada 7 Januari 2020 di Wuhan, Hubei, China. Dalam tempoh tiga (3) minggu seterusnya, kes-kes disahkan di Thailand, Nepal, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, Perancis, Vietnam, Malaysia, Australia, Canada, Cambodia, Sri Lanka dan Jerman. COVID-19 adalah jangkitan pada saluran pernafasan dengan gejala demam, sakit tekak atau kesukaran bernafas dengan sejarah perjalanan ke negara China atau kontak rapat dengan kes. Kes pertama di Malaysia disahkan pada 25 Januari 2020. Sehingga hari ini, 17 Februari 2020, sebanyak 22 kes disahkan di Malaysia. Daripada jumlah tersebut sebanyak 9 kes telah sembuh dan discaj dari hospital. Secara global sebanyak 71,329 kes dengan kematian 1,775 kes (2.5%) dilaporkan. Kementerian Kesihatan Malaysia meneruskan program dan akviti kawalan dan pencegahan bagi membendung COVID-19 ini.
Senarai 'Screening Hospitals' KKM bagi mengendalikan kes-kes COVID-19 di Malaysia.
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (18 Februari 2020).
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (18 February 2020)
Pencegahan COVID-19.
Saranan kepada pemandu teksi / e-hailing.