CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Perkembangan terkini #covid19malaysia yang bersiaran setiap hari akan turut disiarkan pada waktu yang sama hari ini iaitu 4.30 petang.

Semakin kita menghampiri pengakhiran kepada bulan Ramadhan yang mulia ini, terus tingkatkan ibadah kita supaya kita beroleh keuntungan daripadanya. :) Semoga nasihat ringkas ini memberi manfaat kepada semua.

#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 18 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan:
47 (Terdapat 21 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
6,941

Jumlah kes aktif:
1,213

Kes sembuh:
44

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
5,615

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
13 (Seramai 6 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
0

Jumlah keseluruhan kematian:
113


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Sungai Buloh, 18 Mei 2020 - YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 1 telah menyantuni petugas barisan hadapan di Lobi Utama, Hospital Sungai Buloh pada hari ini.

Berita lanjut boleh didapati di pautan di bawah
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157056791886237

- CPRC KKM
Sudahkah anda memuat turun Aplikasi MySejahtera ke dalam telefon pintar anda?

Aplikasi ini dapat membantu kita dalam banyak cara terutama dalam memastikan kita sentiasa selamat dan terhindar daripada dijangkiti Covid-19.

Terdapat 2 cara boleh digunakan untuk anda mendaftar dengan aplikasi Mysejahtera.

Cara pertama adalah melalui mysejahtera.malaysia.gov.my.

Cara kedua adalah melalui muat turun melalui App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.

#covid19malaysia

- CPRC KKM
PENGUMUMAN

Jumpa kami pada jam 4.30 petang ini untuk sidang media COVID-19.

#perkembanganterkinicovid19malaysia

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 19 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan:
37 (Terdapat 2 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
6,978

Jumlah kes aktif:
1,218

Kes sembuh:
31

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
5,646

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
11 (Seramai 6 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
1

Jumlah keseluruhan kematian:
114


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM