CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Belanda menjadi negara terbaru yang mendapat kes positif COVID-19.

Menurut laporan CNA, seorang lelaki telah melawat Lombardy, Itali dan kini telah diisolasikan di sebuah hospital di Tilburg, Belanda.

Sebelum ini, seorang lelaki Brazil turut dikesan positif COVID-19 setelah pulang dari Lombardy.

Pihak berkuasa Itali telah mengambil beberapa tindakan termasuk menyekat aktiviti keluar masuk di 11 buah bandar di negara itu.

https://www.channelnewsasia.com/news/world/first-case-of-covid-19-confirmed-in-the-netherlands-12478958
San Marino dan Belanda adalah negara baru yang disenaraikan dalam negara terlibat dengan jangkitan COVID-19.

Bagi kes di Belanda, seorang lelaki yang disahkan positif jangkitan COVID-19 dikesan mengunjungi daerah Lombardy di Itali, tempat yang sama dikunjungi seorang lelaki Brazil yang turut dijangkiti jangkitan COVID-19.

Pihak berkuasa Itali telah menyekat laluan keluar masuk di 11 buah bandar negara mereka dalam usaha mencegah penyebaran wabak COVID-19.

Two (2) new countries were listed among the countries involved namely San Marino and Netherlands.

In other development, the total cases in Malaysia remain at 23, including 22 cured.
Malaysia catat dua (2) kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 25 kes.

Kes ke-24
-Seorang wanita berusia 41 tahun warganegara Jepun bekerja di Malaysia
-Mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun Indonesia di antara Januari dan Februari.
-Mengalami gejala demam dan telah mendapat rawatan pada 17 Februari 2020.
-Dimasukkan ke hospital swasta pada 20 Februari 2020. Disahkan positif pada 27 Februari 2020.
-Kini dirawat di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur.

Kes ke-25
-Seorang lelaki berusia 54 tahun warganegara Itali yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan telah menetap di Malaysia.
-Mempunyai sejarah perjalanan ke Itali atas urusan kerja pada 15 hingga 21 Februari 2020.
-Mengalami gejala demam, batuk, sakit sendi dan sakit badan pada 22 Februari 2020.
-Beliau mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar bagi gejala yang dialaminya selama tiga hari berturut-turut – iaitu 23 sehingga 25 Februari 2020.
-Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 28 Februari 2020.
-Dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 sehingga hari ini adalah sebanyak 25 kes; iaitu lima belas (15) orang dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), lapan (8) orang dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

22 telah sembuh dan dibenarkan pulang, 3 lagi masih terima rawatan.

Rujuk kenyataan penuh disini https://kpkesihatan.com/2020/02/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-februari-2020-situasi-terkini-jangkitan-coronavirus-disease-covid-19-di-malaysia/
Situasi semasa wabak Covid-19
Nasihat kesihatan oleh KKM berkaitan COVID-19 diberikan kepada pengamal perubatan dan juga orang awam. Rujuk kenyataan akhbar KPK disini https://t.co/hGTH7vkiUh
*DG of Health Newsflash*

Selaras dengan perkembangan terkini penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan telah mengadakan satu sesi mesyuarat dan dialog dengan pihak hospital dan klinik swasta bagi membincangkan pengurusan kes disyaki dan pesakit Corona Virus Disease (COVID-19). Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil daripada persatuan-persatuan, pihak hospital swasta dan klinik swasta yang dapat hadir ke sesi ini. Sesi seumpama ini diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memantapkan dan meningkatkan tahap kesiapsagaan dan kebolehupayaan semua aspek sistem kesihatan Malaysia agar dapat menangani penularan COVID-19.

In line with the latest developments of COVID-19 in Malaysia, the Ministry of Health held a meeting and dialogue session this morning with private hospitals, private GP clinics and relevant associations, to discuss the management of suspected cases and patients of Corona Virus Disease (COVID-19). I would like to convey MOH’s appreciation to the representatives of associations, private hospitals and private clinics that were able to attend this session today. Such engagements are continuously done from time to time, in order to further enhance the level of preparedness in all aspects of the Malaysian health system to address the spread of COVID-19 in holistic approach.

*Datuk Dr Noor Hisham Abdullah*
*KP Kesihatan*

https://www.facebook.com/100003283858364/posts/2728656050587163/?d=n
*Kenyataan Akhbar KPK 1 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia*

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pukul 12 tengah hari, terdapat empat (4) kes baharu dilaporkan pada hari ini (1 Mac 2020).

Dengan pelaporan empat (4) kes terbaru, jumlah kumulatif kes COVID-19 sehingga pukul 12 tengah hari 1 Mac 2020 adalah sebanyak 29 kes; iaitu tujuh belas (17) orang dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), sepuluh (10) orang dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan. Dari jumlah tersebut, lima belas (15) orang adalah warganegara China, sebelas (11) orang adalah warganegara Malaysia dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali). Daripada 29 kes positif ini, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj – menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini seramai tujuh (7) orang.

Baca lebih lanjut di https://kpkesihatan.com/2020/03/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/