CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
PENGGANTUNGAN SEMENTARA KEMASUKAN JEMAAH UMRAH, ZIARAH DAN PELANCONG KE ARAB SAUDI

Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengesahkan secara rasmi berkenaan keputusan untuk menggantung sementara kemasukan warganegara asing bagi tujuan umrah, ziarah ke Masjid Nabawi dan pelancongan berkuatkuasa pada 27 Februari 2020. Ia bertujuan untuk mencegah, mengawal dan menghapuskan penularan wabak COVID-19.

Malaysia adalah salah sebuah negara yang perlu mematuhi penggantungan ini namun Kerajaan Arab Saudi menegaskan bahawa langkah ini adalah bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kementerian Luar Negeri Malaysia dengan ini menasihatkan rakyat supaya menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah, ziarah dan juga pelancongan.

Rujuk kepada Siaran Akhbar Kementerian Luar Negeri Malaysia
Satu kes baru dicatatkan semalam, menjadikan kes keseluruhan positif COVID-19 di Malaysia adalah 23.

Kes terbaru ini melibatkan seorang wanita berusia 53 tahun dan merupakan warganegara Malaysia. Beliau ada sejarah mengunjungi negara yang dijangkiti COVID-19 iaitu Jepun.

Dalam perkembangan lain, 2 kes positif jangkitan COVID-19 sebelum ini telah pulih sepenuhnya. Mereka adalah kes ke-16 dan kes ke-22.

Dengan ini, 22 dari 23 kes positif COVID-19 di Malaysia telah pulih dan dibenarkan pulang, manakala satu lagi sedang dirawat.
Belanda menjadi negara terbaru yang mendapat kes positif COVID-19.

Menurut laporan CNA, seorang lelaki telah melawat Lombardy, Itali dan kini telah diisolasikan di sebuah hospital di Tilburg, Belanda.

Sebelum ini, seorang lelaki Brazil turut dikesan positif COVID-19 setelah pulang dari Lombardy.

Pihak berkuasa Itali telah mengambil beberapa tindakan termasuk menyekat aktiviti keluar masuk di 11 buah bandar di negara itu.

https://www.channelnewsasia.com/news/world/first-case-of-covid-19-confirmed-in-the-netherlands-12478958
San Marino dan Belanda adalah negara baru yang disenaraikan dalam negara terlibat dengan jangkitan COVID-19.

Bagi kes di Belanda, seorang lelaki yang disahkan positif jangkitan COVID-19 dikesan mengunjungi daerah Lombardy di Itali, tempat yang sama dikunjungi seorang lelaki Brazil yang turut dijangkiti jangkitan COVID-19.

Pihak berkuasa Itali telah menyekat laluan keluar masuk di 11 buah bandar negara mereka dalam usaha mencegah penyebaran wabak COVID-19.

Two (2) new countries were listed among the countries involved namely San Marino and Netherlands.

In other development, the total cases in Malaysia remain at 23, including 22 cured.
Malaysia catat dua (2) kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 25 kes.

Kes ke-24
-Seorang wanita berusia 41 tahun warganegara Jepun bekerja di Malaysia
-Mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun Indonesia di antara Januari dan Februari.
-Mengalami gejala demam dan telah mendapat rawatan pada 17 Februari 2020.
-Dimasukkan ke hospital swasta pada 20 Februari 2020. Disahkan positif pada 27 Februari 2020.
-Kini dirawat di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur.

Kes ke-25
-Seorang lelaki berusia 54 tahun warganegara Itali yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan telah menetap di Malaysia.
-Mempunyai sejarah perjalanan ke Itali atas urusan kerja pada 15 hingga 21 Februari 2020.
-Mengalami gejala demam, batuk, sakit sendi dan sakit badan pada 22 Februari 2020.
-Beliau mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar bagi gejala yang dialaminya selama tiga hari berturut-turut – iaitu 23 sehingga 25 Februari 2020.
-Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 28 Februari 2020.
-Dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 sehingga hari ini adalah sebanyak 25 kes; iaitu lima belas (15) orang dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), lapan (8) orang dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

22 telah sembuh dan dibenarkan pulang, 3 lagi masih terima rawatan.

Rujuk kenyataan penuh disini https://kpkesihatan.com/2020/02/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-februari-2020-situasi-terkini-jangkitan-coronavirus-disease-covid-19-di-malaysia/
Situasi semasa wabak Covid-19
Nasihat kesihatan oleh KKM berkaitan COVID-19 diberikan kepada pengamal perubatan dan juga orang awam. Rujuk kenyataan akhbar KPK disini https://t.co/hGTH7vkiUh