CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
NEWS FLASH

Sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan terkini #covid19malaysia akan diadakan pada jam 4.30 petang ini.

Dalam pada itu, KKM ingin mengingatkan kepada anda supaya terus mengamalkan nasihat yang diberikan oleh KKM terutama dari segi penjarakan sosial dan juga penjagaan kebersihan yang tinggi. Elakkan daripada mengunjungi tempat-tempat yang padat dengan orang. Jika tiada kepentingan atau urusan untuk keluar, tolong duduk di rumah sahaja.

Kita masih belum menang, dan semestinya kita tidak mahu tewas di tengah jalan. Jadi tolong patuh kepada nasihat yang diberikan.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Zon merah kekal 10 mengikut statistik terkini CPRC kebangsaan, 5 Mei.

Negeri zon hijau Perlis, Kedah, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.

Bagi anda yg tidak terlibat sektor dibenarkan beroperasi, teruskan duduk di rumah. Tempat paling selamat.

#COVID19
#StayAtHome
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Picture paints a thousand words... frontliners 👏👏👏

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Tahukah anda warga emas merupakan golongan berisiko untuk dijangkiti Covid-19?

Sekiranya anda tergolong dalam kalangan warga emas atau penjaga, ikuti saranan didalam video di atas untuk memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak selamat.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 6 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 45 (Termasuk 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,428

Kes sembuh: 135

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,702

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 22 (Seramai 9 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 107


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM
Pecahan kes secara terperinci termasuk 45 kes iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Bukan warganegara kini menjadi kumpulan sasar KKM terutama dari zon merah di Selangor dan Kuala Lumpur.

- CPRC KKM
ANDA SEMUA WIRA NEGARA

KKM menghargai komen serta respon yang diberikan oleh orang ramai menerusi ‘Tinjauan Soal Rakyat: Cadangan Untuk Rakyat Malaysia Kekal Selepas PKP’ di Facebook dan Google Form.

Anda telah membantu KKM untuk membantu anda!
Terima kasih rakyat Malaysia!

- CPRC KKM