CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 tengah hari, 2 Mei 2020.

Pandemik COVID-19 ini belum berakhir.

Risiko penularan secara mendadak di Negara kita masih wujud sekiranya kita lalai dan alpa dalam mengamalkan norma baharu kehidupan seharian seperti:

• Mengamalkan langkah-langkah kesihatan seperti amalan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain;

• Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask), terutama di kawasan umum;

• Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau penggunaan hand sanitizer;

• Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan;

• Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #Covid19Malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 3 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan:
122 (Termasuk kes import seramai 52 orang)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
6,298

Kes sembuh:
87

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
4,413

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
27 (Seramai 13 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
2

Jumlah keseluruhan kematian:
105


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
- Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask)
- Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
- Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Patuh kepada Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh KKM.

‘Jadi kita (KKM) merayu kepada rakyat Malaysia untuk kepatuhan sosial, tanggungjawab sosial melihat kepada bagaimana kita boleh patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.’ -Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tanggungjawab menjaga kesihatan dan keselamatan diri kini terletak di tangan kita semua.

Sektor lain yang tidak terlibat seperti yang dinyatakan oleh Kerajaan, tolong duduk di rumah, itulah tempat terbaik untuk anda semua ketika ini.

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Petaling kembali menjadi zon kuning sekaligus menjadikan zon merah berkurang daripada 10 kepada 9.

Pulau Pinang hanya tinggal satu kes aktif.

Bagi anda yang tidak terlibat dalam sektor yg mula beroperasi pada hari ini, terus duduk di rumah kerana ia adalah tempat yang paling selamat 😁👍

- CPRC KKM
NEWS FLASH

9 negara telah melebihi 100,000 kes dan yang terbaharu adalah negara Brazil.

Negara Amerika Syarikat mempunyai kadar peratusan tertinggi bagi jumlah keseluruhan kes di dunia iaitu 33.04%.

Negara Belgium masih mempunyai kadar peratusan kematian tertinggi di dunia iaitu 15.72%

- CPRC KKM