CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kenyataan Akhbar KPK 16 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,052 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 72,733 kes (82.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pada hari ini, 16 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,295 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 87,913 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,751 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,285 kes.

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 481 kes (37.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 356 kes (74.0 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah yang melaporkan sebanyak 268 kes (20.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 232 kes (17.9 peratus).

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2020/12/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-disember-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/