CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki. Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.

Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah. Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae.
Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II.
#KKMSihat
#KKMPrihatin
#MalaysiaMADANI
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 4:00 PM, 19 September 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Perspektif Pakar Mpox
📌 Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2?
📌 Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak?
📌 Apakah gejala mpox?
📌 Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox?
Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#PerspektifPakar
#AndaTanyaPakarJawab