CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.
Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System, HAS) bagi tujuan pengukuhan kesiapsiagaan menghadapi situasi COVID-19 dalam negara. Tiga indikator digunakan iaitu Transmisi COVID-19, Pengendalian Kes dan Kapasiti Hospital untuk Respon.
Indikator pertama melihat kepada bilangan kes bagi setiap 100,000 penduduk. Indikator kedua menilai tahap keterukan kes iaitu kadar kematian kes. Manakala indikator ketiga dikira daripada kadar kemasukan ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk.
Dengan HAS ini, KKM dapat membuat perancangan sumber-sumber yang diperlukan, mengikut tahap amaran tinggi, sederhana dan rendah.
Sudahkan anda mengambil dos penggalak vaksin COVID19?
Tempah slot janji temu vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan berdekatan dengan anda untuk memastikan perlindungan terbaik melawan COVID-19.
Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan notifikasi dari MySejahtera
________
Have you taken the COVID-19 vaccine booster dose?
Book your slot for the COVID-19 vaccine at your nearest Klinik Kesihatan for better protection against COVID-19.
Please follow the steps below to turn on notifications from MySejahtera
#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19
Kanser paru-paru adalah yang kedua tertinggi di Malaysia dan dalam kalangan lelaki. Segera berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan sekiranya mengalami.
Pengesanan awal ini mampu mengurangkan keterukan penyakit dan kematian akibat kanser.
Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.

Biasakan yang betul, tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

✔️ Amalkan membasuh tangan dengan betul. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.
Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik. Ini adalah bagi memberi perlindungan kepada golongan berisiko tinggi 😷

Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya. Namun masih terdapat dalam kalangan kita yang memakai pelitup muka dengan cara yang salah.

Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan.

Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka apabila bergejala atau memakainya dengan tidak betul.

Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.
⚠️Segera dapatkan rawatan daripada pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara Banjir sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk, cirit- birit dan sebagainya bagi mengelak penularan penyakit berjangkit bawaan air dan makanan di musim banjir.
“𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑”
💧💧Terdapat beberapa penyakit yang berpunca daripada air yang tidak bersih. Sehubungan itu, anda perlu pastikan bahawa air yang diminum setiap hari sentiasa bersih dan bebas daripada bakteria yang berbahaya untuk memastikan kesihatan badan anda termasuk mata.

🩺Penyakit berjangkit sering tersebar kepada masyarakat sebelum dan selepas banjir. Banjir yang terjadi mengakibatkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa kumbahan ni bertaburan di serata tempat sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit.

Sebagai contoh, banjir boleh menyebabkan penyakit konjunktivitis kepada mereka yang terdedah kepada air banjir. Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan banjir mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu.💦💦
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.

Cegah jangkitan Melioidosis
semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
🇲🇾 Mari bersama laksanakan tanggungjawab kendiri untuk melindungi golongan berisiko tinggi daripada risiko COVID-19.
Lakukan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti.
🇲🇾 Mari bersama laksanakan tanggungjawab kendiri untuk melindungi golongan berisiko tinggi daripada risiko COVID-19.
Lakukan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti.