CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sub-varian XBB merupakan sub-varian Omicron yang telah berkembang daripada sub-varian BA.2 Omicron sedia ada.

Peningkatan bilangan kes baharu serta indikator-indikator utama yang lain adalah dijangkakan susulan pengesanan sub-varian Omicron XBB di Malaysia.

Namun, belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehannya untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Individu yang telah menerima vaksin boleh dijangkiti sub-varian ini, namun vaksinasi masih memberikan perlindungan yang baik terhadap penyakit COVID-19 yang serius.

Maka, adalah penting untuk mendapatkan dos penggalak bagi yang layak terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi.
Awas! Varian XBB

Dengarkan esok di sinarfm pada pukul 7.50 pagi bersama Dr. Lee Yeow Siong, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Selayang Baru.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Seperti yang telah dijangkakan dalam unjuran kes harian, peningkatan kes Covid-19 akan berlaku pada bulan Nov & Dec 2022. Ini adalah disebabkan oleh varian Omicron XBB dengan kebolehjangkitan yang tinggi.

Lantas tindakan kesihatan awam amat digalakkan dengan pemakaian pelitup muka terutamanya di tempat sesak, ruang sempit & tertutup serta kerap mencuci tangan dgn sanitiser.

Sila dapatkan dos pengalak terutamanya kepada mereka yang berisiko tinggi. Jangkitan semula XBB meningkat kepada 17% berbanding dengan hanya 5% varian omicron iaitu kepada mereka yang pernah dijangkiti.

KKM akan terus memantau situasi semasa. Kita bersama boleh putuskan rantaian jangkitan dengan TRIIS & pematuhan kendiri serta elakkan daripada dijangkiti.

#KitaJagaKita.

- KPK KKM -
Perkukuhkan kawalan kesihatan kendiri dengan melaksanakan TRIIS.

▶️ Test / Uji
▶️ Report / Lapor
▶️ Isolate / Asingkan
▶️ Inform / Maklumkan
▶️ Seek / Dapatkan

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.

Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Siklamat merupakan pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis berganda kepada buah-buahan segar dan sedia dimakan.

Tahukah anda, ianya adalah satu KESALAHAN sekiranya didapati peniaga mencampurkan siklamat kepada buah-buahan yang dijual?

Sekiranya bersalah, anda boleh didakwa dan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jadi berhati-hati.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Sentiasa lakukan aktiviti membersih persekitaran rmah bersama ahli keluarga dan jiran bagi menjaga kebersihan persekitaran.

Persekitaran yang bersih mampu mencegah penyakit berjangkit bawaan vektor.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Saranan kepada penganjur kempen

Mengadakan kempen di kawasan terbuka
Menasihati pengunjung untuk sentiasa pakai pelitup muka
Menyediakan pensanitasi tangan

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari mengundi dah tak lama lagi.. adakah anda sudah bersiap sedia melindungi diri anda dengan mengambil dos penggalak COVID-19?

Jom contohi Cheng. Cari PPV terdekat di http://vaksincovid.protecthealth.com.my/find untuk dapatkan dos penggalak COVID-19.

Semasa mengundi nanti, sentiasa pakai pelitup muka dan gunakan pensanitasi tangan.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dapatkan dos penggalak anda dengan menempah janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Untuk informasi berkenaan Program Immunisasi Kebangsaan COVID-19, sila layari MySejahtera.moh.gov.my

Get your booster dose by booking an appointment through the MySejahtera application.

For more information about National Immunisation Programme, refer to MySejahtera.moh.gov.my

#MySejahtera2.0
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
📌Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula
7 November 2022 dan berakhir pada Mac 2023. Dalam tempoh ini, kejadian hujan lebat berterusan yang signifikan boleh mendatangkan banjir.

Bagi persediaan Banjir Monsun Timur
Laut (MTL) 2022/2023, Program Kesihatan Awam KKM memperuntukkan sebanyak 1,216
pasukan perubatan meliputi 6,397 orang
anggota. Manakala pasukan kesihatan
pula adalah sebanyak 1,703 yang
meliputi seramai 4,688 orang anggota.
Dikongsikan peranan KKM semasa
bencana banjir.

‘Jaga keselamatan bersama di musim banjir’.
📊Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut 2022/2023 bermula dari 7 November 2022 hingga Mac 2023.

Bersedia hadapi bencana banjir dengan menyediakan beg kecemasan.

📌 Sentiasa peka dengan amaran awal bencana dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.
🗳️ Jalankan tanggungjawab anda sebagai individu dan penganjur bagi memastikan keselamatan bersama sepanjang tempoh berkempen dan semasa proses pengundian.

😷Jangan lupa untuk amalkan kawalan kesihatan kendiri.

#PRU15kitaJagaKita
Kepada orang ramai yang hadir ke kempen pilihanraya, amalkan 3W.

➡️ Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan pensanitasi tangan
➡️ Digalakkan sentiasa pakai pelitup muka
➡️ Lakukan TRISS jika bergejala

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
If you're experiencing sneezing or coughing, remember this etiquette! 🤚🏼

Wear your mask at all times when you're feeling under the weather! 😷

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Kredit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Stay Safe During Election Season

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Vickneshwaran Muthu, Senior Principal Assistant Director from Disease Control Division, MOH.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Kini, pensanitasi tangan dijual dalam pelbagai warna dan wangian di pasaran. Jadi, sanitasi tangan bukan lagi satu perkara yang membosankan ☝🏼

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Kredit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Semua pasti tak sabar nak keluar mengundi lebih-lebih lagi pengundi 18 tahun ke atas.

Namun ingat ya, COVID-19 masih berada di kalangan kita.

Pakai pelitup muka dan gunakan pensanitasi tangan. Anda juga digalakkan membawa pen sendiri untuk mengelak daripada dijangkiti dan menjangkiti COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama