CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Hari Jantung Sedunia disambut pada setiap 29 September setiap tahun. Pada tahun ini, tema Hargai Jantung Sayangi Kehidupan  (Use Heart For Every Heart) dipilih bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan jantung di kalangan masyarakat.

Penyakit jantung adalah penyumbang terbesar kepada kematian di seluruh dunia. Di Malaysia, penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di mana 18,515 kematian atau 17.0 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan berpunca daripada penyakit jantung. Sejak dua dekad yang lalu, beban penyakit jantung telah merekodkan peningkatan dari 11.6 peratus pada tahun 2000 ke 17.0 peratus pada tahun 2020.

Berdasarkan laporan The Direct Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini, dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada tahun 2017 diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung. Lebih membimbangkan, beban kos ini dijangka akan terus meningkat sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut.

Bukti  saintifik  menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan yang  berlebihan serta tahap kolesterol yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Di samping itu, pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan  alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar masyarakat cakna faktor-faktor risiko penyakit jantung agar pengesanan awal dapat dilakukan dan seterusnya dapat mengurangkan faktor risiko serangan jantung.

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal serangan jantung terutamanya pada jam pertama selepas serangan (golden hour) kerana  tindakan awal ini akan mengurangkan komplikasi kekal kepada jantung pada  tahap yang minimum.

Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menyarankan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil lapan langkah berikut dalam usaha menjaga kesihatan jantung, iaitu:

- Makan secara sihat dan seimbang;
- Lakukan aktiviti fizikal;
- Kekalkan berat badan ideal;
- Tidak menghisap rokok/vape;
- Hindari pengambilan alkohol;
- Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala;
- Mematuhi rawatan yang ditetapkan; dan
- Mengenal pasti tanda-tanda awal sakit jantung.

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan yang dilaksanakan bermula Julai sehingga Disember 2022 adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk  menjalani saringan kesihatan. Inisiatif ini juga adalah selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini bertujuan untuk menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin menyeru kepada masyarakat agar merebut peluang untuk menjalani saringan kesihatan dengan memeriksa status BMI, tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran. Rakyat Malaysia juga diseru agar berusaha menjalani gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh, seterusnya menjadi inspirasi serta motivasi kepada keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling. Kesihatan kita, milik kita, tanggungjawab kita demi generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 September 2022

https://kpkesihatan.com/2022/09/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-september-2022-sempena-hari-jantung-sedunia-2022/
Vaksin sudah, suntikan penggalak pun sudah. 💉 Ada lagi tak yang boleh kita lakukan untuk tingkatkan imuniti ya? 🤔

Mestilah ada! Jom cuba tips-tips ini supaya jadi lebih kuat untuk melawan COVID-19 dan penyakit-penyakit lain! 💪🏻😁

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
❗️Serangan jantung berlaku apabila otot jantung tidak menerima bekalan darah dan oksigen yang mencukupi akibat penyempitan salur darah arteri koronari.

🫀Penyempitan ini disebabkan oleh pengumpulan plak yang terdiri daripada lemak, kolesterol, dan lain-lain pada dinding sebelah dalam salur darah arteri koronari tersebut.

Sekiranya anda mengalami gejala seperti dikongsikan, anda dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera.

Setiap saat berharga❤️

#WorldHeartDay2022
#HariJantungSedunia2022
Sebelum keluar rumah, pastikan semua keperluan harian ada bersama anda ya!

Walaupun pemakaian pelitup muka sekarang adalah suatu pilihan, anda masih perlu memakainya di tempat-tempat tertentu! ✍🏼

Jadi, jangan lupa pelitup muka anda sebelum keluar rumah! 😷

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta mengambil kira keperluan terkini, KKM ingin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka TIDAK LAGI DIWAJIBKAN ketika menaiki kapal terbang BERKUAT KUASA 28 SEPTEMBER 2022.

😷 KKM bagaimanapun AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi kumpulan individu seperti dikongsikan.

Keputusan yang dibuat ini adalah menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini.

Keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 November 2021 lalu bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. Kaedah pendekatan ANMS adalah secara ‘Whole of Nation’, iaitu ‘Keseluruhan Negara’, di mana kesihatan dijadikan keutamaan dalam semua perancangan pembangunan kerajaan atau agensi sama ada kerajaan dan bukan kerajaan.

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) merupakan salah satu inisiatif ANMS di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri. NHSI bertujuan memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dalam memastikan individu, keluarga dan komuniti mempunyai keupayaan, kemampuan serta kemahiran dalam menangani ancaman penyakit tidak berjangkit.

Sehubungan itu, program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dan Saringan Kesihatan PeKa B40 telah diadakan di Pulau Tioman bermula 28 hingga 30 September 2022. Program ini diterajui oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin. Manakala ProtectHealth Corporation Sdn Bhd mengetuai koordinasi saringan PeKa B40 dan dibantu oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) dan pelbagai agensi lain.

Saringan bersepadu NHSI dan PeKaB40 ini berlangsung selama tiga hari melibatkan 19 orang pegawai JKNP, 21 orang pegawai PKD Rompin dan 20 orang petugas dari ProtectHealth Corporation Sdn Bhd termasuk pengamal perubatan swasta, perkhidmatan makmal swasta dan sukarelawan. Program saringan ini dilaksanakan di beberapa lokaliti antaranya Kampung Tekek, Kampung Juara, Kampung Salang, Kampung Genting, Kampung Mukut dan Kampung Paya. Ia dilaksanakan melalui pasukan kesihatan statik dan jangkau luar.

Program ini mensasarkan sejumlah 559 penduduk Pulau Tioman yang berumur 40 tahun ke atas menjalani saringan kesihatan sama ada melalui NHSI atau Skim PeKa B40 untuk mereka yang layak. Sehingga jam 11 malam pada 29 September 2022, seramai 370 orang telah berjaya disaring iaitu 66.2 peratus daripada sasaran program. Saringan juga telah dijalankan ke atas mana-mana individu berumur kurang daripada 40 tahun yang tampil secara sukarela di pusat-pusat saringan iaitu seramai 219 orang. Berdasarkan keputusan lengkap saringan yang dilakukan, pemeriksaan kesihatan yang lebih menyeluruh serta rujukan lanjut kepada pakar bidang perubatan yang berkaitan akan dilakukan.
Selepas 30 September 2022, program NHSI di bawah ANMS akan diteruskan di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman. Selain itu, aktiviti jangkau luar turut akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi pesakit yang terlantar di rumah dan warga emas atau OKU yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke pusat saringan.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membantu penduduk Pulau Tioman untuk mengetahui status kesihatan kendiri dan selanjutnya membolehkan mereka mendapatkan rawatan awal sekiranya perlu. Di samping itu, ia memberi peluang kepada penduduk setempat yang layak untuk Skim PeKa B40 mendapat manfaat daripada skim tersebut sekaligus mencegah komplikasi penyakit tidak berjangkit.

JOM SARING!

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
30 September 2022

https://kpkesihatan.com/2022/09/30/kenyataan-media-kpk-30-september-2022-program-inisiatif-saringan-kesihatan-kebangsaan-nhsi-dan-saringan-kesihatan-peka-b40-di-pulau-tioman/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN 2022
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
GEG bukan satu retorik. Sokong #GEG sebagai generasi penamat untuk masa hadapan.

#SayaSokongGEG
Practice effective hand wasing regimen.

Wash your hands for at least 20 seconds for an effective hand wash!

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama