CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Sabah Maju Jaya akan diadakan pada 10 September 2022 Sabtu ini..

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur bersama rakan-rakan strategik di seluruh Sabah. Dapatkan hadiah menarik di booths pameran dan aktiviti yang disediakan.

Semua dijemput hadir...

Jangan lupa temujanji kita. Jumpa nanti di Sabah International Convention Centre.

#ANMSSMJ
#sihatmilikku
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 27 Ogos 2022 (ME 35/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,789,552;
Kumulatif kes sembuh: 4,723,128 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,243 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,068 kluster (kluster aktif: 23 kluster).
Perbandingan antara ME 34/2022 dan ME 35/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 35/2022 menurun sebanyak 20.9 peratus (25,037 kes kepada 19,813 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 35/2022 menurun sebanyak16.9 peratus (18,715 kes kepada 15,549 kes);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 16.8 peratus (18,666 kes kepada 15,530 kes); dan
Bilangan kes import menurunsebanyak 61.2 peratus (49 kes kepada 19 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 35/2022 menurun sebanyak 21.7 peratus (60 kes kepada 47 kes).
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 35/2022 adalah 31,333 iaitu terdapat penurunan sebanyak 13.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di :
https://kpkesihatan.com/2022/09/05/kenyataan-media-kpk-5-september-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-35-28-ogos-3-september-2022/.
Dengan menggunakan ciri terbaru MySejahtera, kini anda tidak perlu risau dengan kehilangan buku rekod imunisasi anak anda.

Layari laman sesawang MySejahtera di https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/rekod-kesihatan-di-mysejahtera/pendigitalan-program-imunisasi-kebangsaan/soalan-lazim untuk soalan lazim berkenaan Pendigitalan Program Imunisasi Kebangsaan.

__________________

By using the latest feature of MySejahtera, now you don't have to worry about losing your child's immunisation record book.

Visit the MySejahtera website at https://mysejahtera.moh.gov.my/en/health-records-in-mysejahtera/digitalisation-of-national-immunisation-programme/faq for Digitalisation of National Immunisation Program FAQ.

#mysejahtera
#MySejahtera2.0

Sumber: MySejahtera
In the coming days, people in the United States and the United Kingdom will be among the first to receive a new breed of COVID-19 vaccine. The hope was that these updated vaccines — based on Omicron variants of the SARS-CoV-2 virus — would offer substantially greater protection than older vaccines based on the strain of the virus that emerged in 2019. But an analysis1 suggests that updated boosters offer much the same level of protection as an extra dose of the older vaccines does — particularly when it comes to keeping people out of hospital. The study was posted to the medRxiv preprint server on 26 August and has not been peer reviewed.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0vVzmKXjLQQ9PWckRA3ayLeyiicaTzhV2CEzBAjMqhfeg6xqEY6oGjV4agJJ3VhnUl&id=100044314485023

- KPK KKM -
Antara tip penjagaan kendiri pesakit COVID-19 atau Influenza di rumah.

Elakkan perjumpaan bersemuka dengan ahli keluarga
Buka tingkap untuk memastikan pengudaraan yang baik
Periksa suhu badan dan pantau kadar oksigen dalam badan
Rehat, minum air secukupnya dan makan makanan yang sihat
Makan ubat mengikut nasihat doktor

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
CUEPACS komited menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi memastikan semua penjawat awam membudayakan hidup sihat serta kelestarian persekitaran yang menyokong budaya hidup sihat.

CUEPACS akan memperluaskan hebahan saringan kesihatan dan menggalakkan penjawat awam yang berumur 40 tahun dan ke atas untuk membuat saringan kesihatan bagi mengenal pasti status kesihatan masing-masing.

Jom Saring! Cegah awal, rawat awal dan elak komplikasi penyakit.

Penjawat awam tonggak aspirasi Keluarga Malaysia.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Seseorang yang dijangkiti cacar air atau “chickenpox” ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh/ vesikel.

Dikongsikan cara virus ini merebak.

Pengesanan awal serta pemeriksaan dan diagnosis oleh doktor akan memudahkan pengurusan dan rawatan cacar air dengan lebih berkesan.
Jangkitan cacar air atau lebih dikenali dengan nama dalam bahasa Inggeris “chickenpox” ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus Varicella Zoster (Famili Herpesvirus).

Dikongsikan tanda dan gejala sekiranya anak anda terkena jangkitan cacar air.

Dapatkan rawatan.
Anak anda terkena jangkitan cacar air atau ‘chickenpox’

Tambahan kepada rawatan simptomatik, panduan seperti dikongsikan boleh diamalkan dalam pengurusan individu yang mengalami cacar air:

⚠️ Perlu diingat, cacar air mudah berjangkit

Sekiranya anak anda dijangkiti, elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak. Elakkan juga kawasan umum yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga keadaan sembuh.

Vaksin cacar air sebanyak 2 dos boleh didapati di fasiliti kesihatan swasta sebagai pencegahan.
Penyakit cacar air (chickenpox) senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang.

📌Cacar air secara umumnya merupakan jangkitan yang tidak serius.

❤️Namun, pengesanan awal serta pemeriksaan dan diagnosis oleh doktor akan memudahkan pengurusan dan rawatan cacar air dengan lebih berkesan.
Rabies

Sertai sesi TikTok Live @myhealthkkm bersama Dr. Norita Shamsudin dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bilangan pesakit yg memerlukan pemindahan organ semakin meningkat setiap tahun, namun bilangan pengikrar yang menderma masih rendah.

Daftar sebagai penderma organ skrg dengan menggunakan ciri terbaharu MySejahtera: Ikrar Derma Organ, bagi membantu insan yg memerlukan.

Layari laman sesawang Derma Organ di dermaorgan.gov.my utk maklumat lanjut berkenaan Program Derma Organ ini.

Sebarang isu atau masalah, sila berhubung meja bantuan interaktif melalui Aplikasi MySejahtera atau email kepada [email protected]
_______________________

The number of patients in need of organ transplant is increasing every year, but the number of pledgers to donate is still low.

Register now as an organ donor using MySejahtera's newest feature: Organ Donor Pledge, to help people in need of organ transplants.

Visit the Organ Donation website at dermaorgan.gov.my for more information on the Organ Donation Program.

For inquiries or issue, please contact the helpdesk via MySejahtera Apps or email [email protected]
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka