CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Jom pastikan senarai semak lengkap di tanda

sebelum balik kampung.
Pastikan tiada bekas yang boleh menjadi punca pembiakan Aedes
Buang bekas yang boleh menakung air
Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
Tukar air dan sental pasu bunga

Apabila pulang dari kampung, anda digalakkan untuk menyembur aerosol di dalam rumah terlebih dahulu.

Tiada Aedes, tiada Denggi

#ANMS
#KekalSihat
#caridanmusnah
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 BAGI MINGGU EPID KE-27
Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semasa berkumpul bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handai,

👍 Pastikan pengudaraan yang baik sekiranya berkumpul di dalam rumah.

👍 Dapatkan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak dan galakkan orang yang tersayang untuk dapatkan vaksin COVID-19.

👍 Pakai pelitup muka sekiranya keadaan berisiko tinggi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ready to meet the family? 💕 Selamat Hari Raya Haji everyone! Be sure to be safe, especially when you're seeing the elderlies 👵🏻👴🏼

--------------

Sedia jumpa saudara? 💕 Selamat Hari Raya Haji semua! Pastikan korang selamat tau! Terutamanya apabila menziarahi atuk dan nenek 👵🏻👴🏼

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Jangan ambil mudah gejala microsleep

🥱Tersengguk-sengguk
🥱Mata terkebil-kebil
🥱Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
🥱Tatapan mata kosong

⚠️Ianya boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan.

✔️Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat.Elakkan diri daripada menyesal di kemudian hari.
Sudah bersedia untuk balik kampung menyambut Aidiladha

Microsleep merupakan suatu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat yang terjadi terutamanya sewaktu memandu.

⚠️ Ianya sangat merbahaya kepada anda dan keluarga.Pastikan anda berada dalam keadaan terbaik semasa memandu.

Nyawa anda dan keluarga hanya satu, tiada dua dan tiada ganti. PULANGLAH DENGAN SELAMAT.
Utamakan kebersihan daging korban sepanjang tempoh sambutan perayaan Aidiladha. Makanan selamat tanggungjawab bersama.

#FoodSafetyTips
#aidiladha2022

Sumber: BKKM
Musim perayaan ni sudah pasti peti sejuk akan dipenuhi dengan bahan mentah untuk masakan. Macam-macam menu yang nak disediakan untuk tetamu mahupun untuk keluarga di hari raya. Situasi ini bukan baru malah berlaku setiap kali tibanya musim perayaan.

Bagi memastikan simpanan bahan mentah tidak rosak, elakkan menyimpan terlalu padat di dalam peti sejuk. Sebagai pilihan, penggunaan 'cool box' untuk simpanan sementara boleh digunakan.

Namun perlu diingatkan, penggunaan 'cool box' ini mestilah digunakan dengan cara yang betul.

Sumber: BKKM Kelantan
Pastikan daging korban disimpan dengan betul untuk mengelakkan berlakunya pencemaran silang.

Makan dengan selamat. Pastikan hanya daging yang berkualiti diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumber: BKKM
🚗Memandu merupakan satu aktiviti yang memerlukan koordinasi psikomotor, kognitif dan sensori yang baik.

📉Perubahan fizikal dan mental akan berlaku dengan peningkatan usia.Namun, peningkatan usia tidak semestinya menyebabkan kehilangan keupayaan memandu.

❤️Jalani pemeriksaan kesihatan berkala dan ketahui tahap kesihatan anda. Dapatkan bantuan sekiranya perlu.