CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
⚠️ KKM ingin memberi peringatan dan menggesa orang ramai untuk memberi perhatian serius berhubung penularan sub-varian baru Omicron yang dikenali sebagai Omicron BA.4 dan Omicron BA.5 sedang tersebar di beberapa buah negara.
Kedua-dua sub-varian ini lebih mudah merebak berbanding sub-varian Omicron sedia ada.
😷 Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan agar tidak mengabaikan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 bagi mengelakkan peningkatan semula kes COVID-19. Sentiasa membuat penilaian risiko kendiri dan ambil langkah pencegahan yang bersesuaian
Makluman

Berikut adalah prosedur ujian dan pelepasan untuk kes positif COVID-19. Sentiasa amalkan TRIIS dalam kehidupan harian dan lakukan ujian kendiri untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Announcement

Here is the test and release procedure for COVID-19 positive cases. Always practice TRIIS in your daily routine and do a self-test to prevent the spread of COVID-19.
Mulai 3 Julai 2022, KKM telah memulakan pengoperasian Klinik Extended Hours di:
📍Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
📍Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9
📢 Waktu operasi bagi Klinik Extended Hours ini adalah pada setiap hari seperti dikongsikan sehingga tarikh yang ditentukan kelak.
Oleh itu penduduk di sekitar kawasan ini boleh ke klinik kesihatan ini untuk mendapatkan rawatan, terutamanya bagi kes-kes ringan.
Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan kecemasan dan segera, pesakit boleh terus ke Jabatan Kecemasan.
Pada tahun ini sejumlah 255 orang petugas perubatan dan kesihatan dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu Tabung Haji (TH) melancarkan perjalanan ibadah haji. Pasukan tahun ini merangkumi 128 petugas yang berpengalaman menyertai operasi sebelum ini dan 127 petugas baharu. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua Dhuyufurrahman tahun ini InshaAllah.

-Ketua Pengarah Kesihatan-
Untuk menjalankan operasi hospital dan ambulan bagi jemaah Haji Malaysia semasa musim Haji, Pusat-pusat Rawatan TH serta ambulan di Makkah dan Madinah telah menjalani pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Fasiliti kesihatan TH adalah pusat rawatan jemaah Haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan Permit (Tarkhis) oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim Haji kali ini. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Rawatan TH adalah hampir setara dengan Hospital Pakar Minor. Begitu juga untuk Permit Ambulan (Tasrih) untuk menjalankan perkhidmatan ambulan yang mana Malaysia mempunyai 20 buah ambulan spesifikasi tinggi.

Syabas diucapkan kepada pasukan perubatan dan kesihatan TH-KKM!

-Ketua Pengarah Kesihatan-
COVID-19 masih merupakan penyakit yang berbahaya bagi sesetengah golongan.

Morbiditi dan mortaliti akibat COVID-19 masih berlaku.

Bersama-sama kita lindungi golongan berisiko tinggi dengan memastikan mereka menerima vaksinasi lengkap dan mematuhi SOP.

#ANMS
#kekalsihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Memandangkan tahap keberkesanan vaksin terhadap kemasukan ke wad di kalangan remaja menurun antara 42 hingga 73% setelah 5 hingga 10 bulan penerimaan dos kedua dan sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal Vaksin COVID-19, KKM ingin memaklumkan tentang pemberian dos ketiga (dos tambahan) vaksin COVID-19 sebagai pelengkap vaksinasi dos primer sebanyak tiga (3) dos bagi individu berumur 5 hingga 17 tahun yang berisiko tinggi serta pemberian dos penggalak pertama kepada individu berumur 12 hingga 17 tahun yang berisiko tinggi.

Langkah ini bertujuan memberi perlindungan optimum kepada kumpulan kanak-kanak dan remaja ini dari gejala teruk COVID-19.

#KekalSihat
#LindungDiriLindungSemua
Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan ujian kendiri COVID-19 terutamanya yang bergejala.

Amalkan #TRIIS dalam mencegah penularan COVID-19.