CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan pautan janji temu dos penggalak kedua, yang hanya diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas. Pautan janji temu ini boleh didapati pada garis masa vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Buat masa ini, hanya vaksin Pfizer yang diberikan bagi dos penggalak kedua.

Sila rujuk infografik berikut.
_______________________________________

Here are the steps to book the second booster dose appointment using the link provided, which is only given to individuals 60 years of age and above. This link can be found in the vaccination timeline on the MySejahtera app.

For now, only the Pfizer vaccine is given for second booster dose.

Kindly refer to these infographics.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#PICKids

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Doktor terpaksa tidurkan Darrien”.

Dengarkan perkongsian Encik Hazrul tentang pengalaman anak lelakinya yang dijangkiti COVID-19 dengan komplikasi serius.

Jika anak anda berusia 5 hingga ke 11 tahun pada 31 Mei 2022, bawa mereka untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara percuma dibawah PICKids sebelum 31 Mei 2022.

Tekan pautan berikut untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/3wjV27z
Sesiapa sahaja boleh menghidap hipertensi. Dianggarkan 1 daripada 3 penduduk dewasa Malaysia menghidap hipertensi, iaitu bersamaan kira-kira 6.4juta orang.

Daripada jumlah ini, separuh daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit hipertensi. Hipertensi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap“ (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang tidak menyedari mereka menghidapi hipertensi sehinggalah munculnya komplikasi penyakit.


Saksikan Webinar dan Pelancaran Hari Hipertensi Sedunia 2022 melalui FBLive KKM yang akan diadakan pada 19hb Mei 2022 (Khamis) bermula pada jam 10 pagi, dengan barisan panel jemputan yang berkredibiliti untuk mengupas isu mengenai hipertensi.

Untuk penyertaan dan pendaftaran tuan/ puan adalah dijemput untuk klik pada link ini
https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_-1UMzY6AR7iPAizQ_DDStA

#harihipertensisedunia2022
#TekananDarahTerkawalHidupLebihSejahtera
#MeasureYourBloodPressureAccuratelyControlItLiveLonger
Pengambilan ubat dengan cara yang betul adalah amat penting bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang selamat dan berkesan.

𝐉𝐚𝐝𝐢, 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐛𝐞𝐥 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐮𝐛𝐚𝐭! 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
“Tahniah rakyat Malaysia 🇲🇾. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka.” - Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/379532640875412
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
📣 Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak telah dilanjutkan ke 31 Mei 2022. Keputusan ini dibuat untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang masih ingin mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak mereka.

Ayuh rebut peluang iniDapatkan vaksin bagi:

🛡️ melindungi anak-anak daripada jangkitan teruk COVID-19.
🛡️ memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.85. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SARANAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK KEPADA BAKAL JEMAAH UNTUK MUSIM HAJI TAHUN 1433 HIJRAH / 2022 MASIHI
☀️ Pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA.

💧 Kekal hidrasi. Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
⛱️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk.
🚨 Awasi juga tanda dan gejala keletihan dan strok haba. Sila dapatkan rawatan.

Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut
Kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan.

KKM ingin menasihatkan masyarakat agar memastikan persekitaran bersih dan bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.

Dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala denggi seperti:

👉 Demam
👉 Ruam merah di kulit
👉 Sakit kepala
👉 Sakit pada bahagian belakang mata
👉 Sakit sendi
👉 Sakit otot
👉 Pendarahan di bawah kulit, hidung, dan gusi

#SihatSejahteraSyawal
WABAK MONKEYPOX DI BEBERAPA NEGARA BENUA EROPAH, AMERIKA SYARIKAT, KANADA DAN AUSTRALIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di tiga (3) benua iaitu Benua Eropah (United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Belgium, Peranchis, Itali dan Jerman), Benua Amerika (Amerika Syarikat dan Kanada) dan Australia. Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki. Kebanyakan kes yang dijangkiti ini tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit ini. Laporan awal mengatakan sebahagian kes yang mengalami jangkitan monkeypox ini mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan individu lain (pesakit monkeypox).

Monkeypox disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses. Virus ini ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan sekresi pernafasan. Virus monkeypox ini juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian. Tempoh inkubasi biasanya antara 6 hingga 21 hari. Pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.

Tanda-tanda jangkitan mirip cacar (smallpox), iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain. Pesakit juga mungkin mengalami lenguh tubuh badan, sakit bahagian belakang badan atau sendi, kejang otot dan pembengkakan kelenjar limfa. Kanak-kanak dan individu yang mempunyai tahap immuniti yang rendah (immune deficiency) mempunyai risiko dengan gejala lebih serius dan boleh menyebabkan kematian. Kadar kematian di negara-negara endemik monkeypox dianggarkan sebanyak 3-6%.

Penyakit ini telah dilaporkan di kawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Afrika Barat sejak tahun 2005. Negara-negara yang terdapat di kawasan ini adalah Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Ivory Coast, Liberia, Sierra Leone, Gabon dan Sudan Selatan. Monkeypox dianggap endemik di Republik Demokratik Congo (DRC), dengan lebih daripada 1,000 kes disyaki setiap tahun. Nigeria telah melaporkan wabak monkeypox yang besar pada tahun 2017 hingga 2018.

Kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad. Oleh itu, risiko virus ini tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit yang dijangkiti monkeypox. KKM telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox bagi menjelaskan lagi mengenai penyakit ini. FAQ ini boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di https://www.facebook.com/187891761403516/posts/1891643347695007/

https://kpkesihatan.com/2022/05/21/kenyataan-media-kpk-21-mei-2022-wabak-monkeypox-di-beberapa-negara-benua-eropah-amerika-syarikat-kanada-dan-australia/