CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
ANDA boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian #COVID19!

#ChampionsAgainstCOVID19

--------

YOU can be part of the solution to #COVID19!

#ChampionsAgainstCOVID19
https://www.facebook.com/myhealthkkm/videos/482039163660130/

Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA) dengan kerjasama Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian di bawah Program Kesihatan Awam menganjurkan PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN AMALAN KE ARAH HIJAU #GOGREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI secara atas talian (FB Live).

Tujuan program adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi perubahan iklim dan kepentingan memelihara alam sekitar serta memberikan kesedaran tentang kepentingan amalan ke arah hijau. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua kakitangan Program Kesihatan Awam, KKM di seluruh negara tanpa mengira gred dan skim perkhidmatan.

Terima kasih kerana menyertai Program ini. Para hadirin dimohon mengisi kehadiran di pautan https://forms.gle/rkdU6ES7L8FbjRPv7

Sekian, terima kasih.
Suasana yang meriah untuk saringan kesihatan #PeKaB40 yang percuma di Pangsapuri Ken Rimba, Shah Alam pada hujung minggu yang lalu. Saringan kesihatan ini dilakukan oleh Klinik Baharudin, salah satu Klinik PeKaB40 di Shah Alam.

Ayuh penerima yang layak yang di luar sana, jom lakukan saringan kesihatan yang awal supaya kita dapat rawat penyakit anda (jika ada) pada peringkat yang awal.
Covid-19 dan derma darah.

Tempoh terbaru penangguhan bekas pesakit Covid-19 untuk menderma darah telah disingkatkan kepada 10 hari selepas sembuh sepenuhnya atau dari tarikh terakhir saringan positif Covid-19 jika tidak bergejala.

Manakala tempoh bagi bakal penderma darah yang mempunyai sejarah kontak rapat disingkatkan kepada 7 hari dari tarikh terakhir kontak (tanpa gejala).

Sumber: PDN
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 21 April 2022:

Kes sembuh: 8,434 kes [4,291,447 kes kumulatif (97.2%)];
Kes baharu: 5,899 kes (4,415,101 kes kumulatif);
Kes import: 16 kes [8 warganegara (50.0%); 8 bukan warganegara (50.0%)];
Kes tempatan: 5,883 kes [5,664 warganegara (96.3%); 219 bukan warganegara (3.7%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 92 kes (56 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 61 kes (34 kes disahkan COVID-19; 27 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 5,899 kes harian yang dilaporkan pada 21 April 2022:

Kategori 1: 2,582 kes (43.77%);
Kategori 2: 3,294 kes (55.84%);
Kategori 3: 8 kes (0.14%);
Kategori 4: 10 kes (0.17%); dan
Kategori 5: 5 kes (0.08%).

Daripada 23 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 21 April 2022:

7 kes (30.43%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
13 kes (56.52%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
3 kes (13.04%) telah menerima dos penggalak (booster);
13 kes (56.52%) berumur 60 tahun dan ke atas;
13 kes (56.52%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (4.35%) kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Jika anda bercadang untuk berkumpul bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai semasa Hari Raya, pastikan anda membuat pilihan yang boleh memastikan anda dan orang disekeliling selamat daripada COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
t.me/sihatmilikbersama
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡:
𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗝𝗜𝗝𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗝𝗨𝗚𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔

Ulat menjadi topik panas pada bulan Ramadan kali ini kerana isu viral membabitkan makanan 'berulat' yang dijual di Bazar Ramadan. Sini ada ulat, sana ada ulat, mana-mana pun ada ulat.

🪱 Nasi Kerabu Berulat
🪱 Mee Sotong Berulat
🪱 Ayam Goreng Berulat

Tapi dari manakah datang ulat-ulat ini? Jawapannya ialah LALAT. Lalat memang suka bertelur pada makanan yang terdedah dan telur ini kemudiannya akan menetas menjadi larva atau 'ulat'.

Lalat suka bertelur pada makanan kerana makanan mempunyai suhu yang sesuai bagi membolehkan telur lalat tadi menetas dan membekalkan ulat-ulat ini dengan sumber makanannya.

Sifat semulajadi lalat memang suka pergi ke tempat yang kotor dan busuk seperti najis, sampah sarap dan bangkai. Sebab itu lalat menjadi pembawa kepada lebih 300 jenis bakteria berbahaya!

Ini termasuklah bakteria patogenik yang menyebabkan KERACUNAN MAKANAN seperti Shigella, E.coli, Salmonella. Sebab itu, kehadiran ulat dalam makanan ini bukan sekadar jijik tetapi juga BERBAHAYA!

Keracunan makanan bukan sahaja boleh membuatkan sesorang sakit perut, cirit birit tetapi lebih membimbangkan lagi boleh membawa MAUT kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua dan pesakit kronik.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang
Dijangkiti COVID-19 memberikan anda sedikit imuniti terhadap virus tersebut namun dengan mendapatkan vaksin, anda akan dilindungi dengan lebih baik.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
t.me/sihatmilikbersama
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Berkuat kuasa pada hari Sabtu, 23 April 2022 KKM membenarkan pesakit-pesakit di wad untuk ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Tatacara perlaksanaan arahan ini adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.

Walau bagaimanapun, KKM ingin menekankan dalam keadaan tertentu di mana risiko penularan COVID-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak COVID-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi yang sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MEKANISMA PELAKSANAAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK KEDUA BAGI WARGA EMAS BERUMUR 60 TAHUN DAN KE ATAS, DOS TAMBAHAN BAGI REMAJA YANG BERISIKO TINGGI DAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK KEDUA BAGI INDIVIDU YANG INGIN KE LUAR NEGARA
Klik https://bit.ly/3rEZ6g7 untuk ketahui lebih lanjut berkenaan tarikh akhir dos 1 Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak(PICKids)

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
t.me/sihatmilikbersama
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Bagaimana memilih menu MOREH yang sihat?

• Pilih menu yang ringkas dan berkhasiat semasa MOREH (selepas tarawih/makan lewat malam).

• Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih selepas bersembahyang tarawih adalah digalakkan tetapi jangan keterlaluan.

Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi atau mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.

✔️ PILIH KUALITI BERBANDING KUANTITI.
✔️ PILIH MENU YANG RINGKAS DAN BERKHASIAT.