CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pemakanan Sihat Menjelang Aidilfitri

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 2.30 petang bersama Nutritionist Nisa dari Bahagian Pemakanan, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.84. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Berikut merupakan keperluan disinfeksi mengikut masa terakhir kes positif berada di sesuatu tempat.

Jika kes COVID-19 diisolasi di rumah, tempat / ruangan gunasama dengan kes positif COVID-19 perlu didisinfeksi setiap kali selepas digunakan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
t.me/sihatmilikbersama
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
• Hari Raya bakal menjelang. Ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya bersama yang tersayang.

• Pastikan kepulangan kita membawa kegembiraan dan tidak mengundang sengsara kepada mereka terutamanya warga emas, apatah lagi yang mempunyai komorbid iaitu penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi atau pesakit jantung kerana mereka adalah golongan rentan kepada gejala teruk COVID-19.

• Anda dan ahli keluarga termasuk kanak-kanak mungkin tidak bergejala tetapi berkemungkinan pembawa virus COVID-19 dan memindahkannya kepada mereka.

👨‍🦳👩‍🦳Lindungi warga emas. Pastikan mereka mengambil dos penggalak segera

🧒🏻👧🏻Dapatkan vaksin untuk anak anda

Vaksin dan Dos penggalak melindungi dari gejala teruk COVID-19.
𝗧𝗘𝗟𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗟𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗬𝗔𝗠 𝗚𝗢𝗥𝗘𝗡𝗚

Penting kepada kita sebagai pengguna untuk sentiasa mengamalkan PERHATI DAN PILIH semasa membeli makanan.

Pilihlah makanan yang tidak terdedah dan ditutup sempurna. Inilah risiko kepada makanan yang tidak ditutup dan dibiarkan terdedah ketika pameran untuk jualan, bukan sahaja risiko dihinggapi lalat malah habuk dari persekitaran juga boleh mencemari makanan tersebut.

Makanan yang tercemar boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan terutamanya KERACUNAN MAKANAN.

Jadilah pengguna yang peka, PERHATI DAN PILIH semasa membeli juadah berbuka puasa❗️

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

'Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama'
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 April 2022:

Kes sembuh: 8,267 kes [4,283,013 kes kumulatif (97.1%)];
Kes baharu: 6,968 kes (4,409,202 kes kumulatif);
Kes import: 32 kes [24 warganegara (75.0%); 8 bukan warganegara (25.0%)];
Kes tempatan: 6,936 kes [6,718 warganegara (96.9%); 218 bukan warganegara (3.1%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 97 kes (58 kes disahkan COVID-19; 39 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 63 kes (38 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 6,968 kes harian yang dilaporkan pada 20 April 2022:

Kategori 1: 2,854 kes (40.96%);
Kategori 2: 4,083 kes (58.60%);
Kategori 3: 11 kes (0.16%);
Kategori 4: 8 kes (0.11%); dan
Kategori 5: 12 kes (0.17%).

Daripada 31 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 April 2022:

4 kes (12.90%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
15 kes (48.39%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
12 kes (38.71%) telah menerima dos penggalak (booster);
15 kes (48.39%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
19 kes (61.29%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Apa yang perlu anda buat? Jika anda terbeli / terjumpa makanan yang

⚠️ Tidak dimasak sempurna
⚠️ Basi dan telah rosak
⚠️ Menyebabkan gejala keracunan
⚠️ di kendalikan oleh peniaga yang tidak bersih
⚠️ dibungkus dengan dawai kokot, paku
⚠️ ada bendasing seperti telur lipas, cicak atau bahan asing

Lakukan ini :

1. Ambil gambar bukti
2. Simpan sample makanan
3. Kenalpasti dan maklumkan nama premis

Jangan berdiam diri. Laporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan.

Jika bermanfaat, tolong kongsikan posting ini. Terima kasih. 🙏🏻

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Serius atau tidak jangkitan COVID-19 kepada kanak-kanak?

Jom dengar penjelasan Dr Anis Siham semasa forum awam untuk ibu bapa berkenaan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 13 Mac yang lalu.

Tonton video rakaman penuh forum di sini: https://bit.ly/3vsVwGL
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
[Siri Video Tutorial MySJ #9 - Selesaikan Isu Mudah dan Cepat dengan Butang Bantuan MySejahtera]

Dengan butang Bantuan di MySejahtera, kini anda boleh selesaikan isu dengan senang tanpa perlu pergi ke Helpdesk lagi! Jom ikut langkah mudah ni!

Nantikan lebih banyak tutorial video mengenai aplikasi MySJ!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

______________


[MySJ Video Tutorial Series #9 - Solve Issues Easily and Quickly with the MySejahtera Help Buttons]

With the Help button on MySejahtera, you can now resolve issues much easier without having to go to the Helpdesk. Let’s follow these simple steps!

Stay tuned for more tutorial videos on MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum
menerima vaksin COVID 19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 1️⃣5️⃣ Mei 2022. Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

Walaubagaimanapun, keputusan in tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan telah mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022. Kanak-kanak dalam kategori in boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.
Berkuatkuasa 22 April 2022 (Jumaat), berikut adalah prosedur pengurusan kontak rapat kepada kes COVID-19.

Effective 22 April 2022 (Friday), the following is the procedure for close contacts to COVID-19 cases.
Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA) dengan kerjasama Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian di bawah Program Kesihatan Awam menganjurkan *PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN AMALAN KE ARAH HIJAU #GOGREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI* secara atas talian (FB Live) seperti ketetapan berikut:

TARIKH & MASA : *22 April 2022 (Jumaat)*
MASA : *9.15am – 11.00am*
PLATFORM : *Virtual (FBLive - https://www.facebook.com/myhealthkkm)*
CPD : *1 Point*

Tujuan program adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi perubahan iklim dan kepentingan memelihara alam sekitar serta memberikan kesedaran tentang kepentingan amalan ke arah hijau. *Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua kakitangan Program Kesihatan Awam, KKM di seluruh negara tanpa mengira gred dan skim perkhidmatan.*
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 21 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.81. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
ANDA boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian #COVID19!

#ChampionsAgainstCOVID19

--------

YOU can be part of the solution to #COVID19!

#ChampionsAgainstCOVID19
https://www.facebook.com/myhealthkkm/videos/482039163660130/

Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA) dengan kerjasama Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian di bawah Program Kesihatan Awam menganjurkan PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN AMALAN KE ARAH HIJAU #GOGREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI secara atas talian (FB Live).

Tujuan program adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi perubahan iklim dan kepentingan memelihara alam sekitar serta memberikan kesedaran tentang kepentingan amalan ke arah hijau. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua kakitangan Program Kesihatan Awam, KKM di seluruh negara tanpa mengira gred dan skim perkhidmatan.

Terima kasih kerana menyertai Program ini. Para hadirin dimohon mengisi kehadiran di pautan https://forms.gle/rkdU6ES7L8FbjRPv7

Sekian, terima kasih.
Suasana yang meriah untuk saringan kesihatan #PeKaB40 yang percuma di Pangsapuri Ken Rimba, Shah Alam pada hujung minggu yang lalu. Saringan kesihatan ini dilakukan oleh Klinik Baharudin, salah satu Klinik PeKaB40 di Shah Alam.

Ayuh penerima yang layak yang di luar sana, jom lakukan saringan kesihatan yang awal supaya kita dapat rawat penyakit anda (jika ada) pada peringkat yang awal.