CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 1 APRIL 2022
Perubahan sebenar, didorong oleh anda. Jom Daftar Sekarang!

Klik pauntan https://confirmsubscription.com/h/y/166548C751A8C316 untuk mendaftar

#ChampionAgainstCOVID19

———-

Real change, driven by you. Sign Up Now!

Click here https://confirmsubscription.com/h/y/166548C751A8C316 to register

#ChampionAgainstCOVID19
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KESELAMATAN MAKANAN DI BAZAR RAMADAN
BAGI TAHUN 2022
😷 Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik.

🛡️ Ini adalah bagi memberi perlindungan yang berterusan kepada golongan berisiko tinggi.

😷 Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya.

Namun masih terdapat di kalangan kita yang memakai pelitup muka dengan cara yang salah.

Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan.

✔️ Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul. Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
3 mesej penting berkaitan kecergasan diri sempena #WorldPhysicalActivityDay. Make an effort to get physically active. Every step counts.

- Khairy Jamaluddin -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.86. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jangan lupa untuk menjaga golongan tua dalam keluarga dan masyarakat semasa kita meneruskan perjuangan dalam menentang virus COVID-19.

Kongsi maklumat dan bantu mereka untuk mengenal pasti gejala COVID-19. Pastikan mereka mendapatkan rawatan segera jika gejala timbul.

Kepada warga emas yang ingin keluar, pastikan patuh kepada SOP dan amalkan norma baharu seperti memakai pelitup muka dengan betul, jaga jarak dan gunakan pensanitasi tangan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 6 April 2022:

Kes sembuh: 21,029 kes [4,083,183 kes kumulatif (95.4%)];
Kes baharu: 12,105 kes (4,280,591 kes kumulatif);
Kes import: 43 kes [41 warganegara (95.3%); 2 bukan warganegara (4.7%)];
Kes tempatan: 12,062 kes [11,555 warganegara (95.8%); 507 bukan warganegara (4.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 221 kes (106 kes disahkan COVID-19; 115 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 122 kes (53 kes disahkan COVID-19; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 12,105 kes harian yang dilaporkan pada 6 April 2022:

Kategori 1: 6,623 kes (54.71%);
Kategori 2: 5,387 kes (44.51%);
Kategori 3: 40 kes (0.33%);
Kategori 4: 17 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 38 kes (0.31%).

Daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 6 April 2022:

28 kes (29.47%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
30 kes (31.58%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
37 kes (38.95%) telah menerima dos penggalak (booster);
51 kes (53.68%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
57 kes (60.00%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡

Kepada abang/kakak 'rider', terima kasih kerana menjadi salah satu rantaian penting dalam industri makanan negara.
Tugas dan tanggungjawab anda adalah penting bagi memastikan makanan yang akan sampai kepada pelanggan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk dimakan.

Sumber: BKKM Kelantan
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?

Ok, ni min nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?

Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain. (Agak-agak bersih ke?)

Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.

Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada pembeli, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.

So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni min tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.

Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 - 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.

Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan