CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Seperti yang telah dijangkakan dalam unjuran kes harian, peningkatan kes Covid-19 akan berlaku pada bulan Nov & Dec 2022. Ini adalah disebabkan oleh varian Omicron XBB dengan kebolehjangkitan yang tinggi.

Lantas tindakan kesihatan awam amat digalakkan dengan pemakaian pelitup muka terutamanya di tempat sesak, ruang sempit & tertutup serta kerap mencuci tangan dgn sanitiser.

Sila dapatkan dos pengalak terutamanya kepada mereka yang berisiko tinggi. Jangkitan semula XBB meningkat kepada 17% berbanding dengan hanya 5% varian omicron iaitu kepada mereka yang pernah dijangkiti.

KKM akan terus memantau situasi semasa. Kita bersama boleh putuskan rantaian jangkitan dengan TRIIS & pematuhan kendiri serta elakkan daripada dijangkiti.

#KitaJagaKita.

- KPK KKM -
Di musim perayaan ini, pastikan kesihatan diri dan keluarga anda sentiasa dipantau dan terjaga. Lakukan ujian saringan kendiri COVID-19 dan laporkan melalui aplikasi MySejahtera.

#LindungDiriLindungSemua
#KitaJagaKita
#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda

Sumber: MySejahtera