CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sehingga jam 3.00 petang, 2 Mac 2022, terdapat dua (2) negeri masih dilanda banjir iaitu Kelantan dan Terengganu. Daerah yang dilanda banjir berkurang dari 13 kepada sembilan (9) manakala jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang dari 139 hari sebelumnya kepada 94. Jumlah mangsa banjir menurun kepada 23,940 orang pada hari ini berbanding semalam (24,650 orang).

Sebanyak 65 kes COVID-19 telah dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir di negeri Kelantan (55 kes) dan Terengganu (10 kes) dengan jumlah kumulatif di kedua-dua negeri ini adalah sebanyak 105 kes. Dari 65 kes yang dilaporkan, sebanyak 37 kes telah dikesan melalui saringan kemasukkan ke PPS, manakala 28 kes adalah kes COVID-19 yang telah diketahui (known case). Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan. Kesemua kes telah diasingkan dari mangsa banjir yang lain iaitu di PKRC (6 kes), PPS Khas (35 kes), berlainan blok dalam PPS yang sama (11 kes), hospital (2 kes) dan rumah (11 kes).
Daripada 435 orang mangsa banjir yang telah diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai 321 (73.79%) orang diberi rawatan pesakit luar. Terdapat 16 kes acute respiratory infection (ARI), dan 10 kes skin infection dilaporkan. Tiada kes conjunctivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 27 fasiliti kesihatan dilaporkan beroperasi. Fasiliti kesihatan yang masih tidak beroperasi berkurang kepada tiga (3) berbanding sembilan (9) pada hari sebelumnya.
Pemantauan di peringkat global dan Malaysia melaporkan bahawa kesan Kesan Advers yang dipantau secara dekat atau Adverse Events of Special Interest (AESI) boleh berlaku susulan pengambilan vaksin namun dengan kadar kekerapan yang rendah.

Dikongsikan kadar pelaporan AESI ini di Malaysia berbanding dengan AESI yang dilaporkan di peringkat global.

Penerima vaksin dinasihatkan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan mereka. Segera merujuk ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sebarang kesan advers yang serius atau kesan yang berpanjangan. Ini bagi membolehkan rawatan segera diberikan dan kesan yang dialami dapat dirawat, selain penyiasatan lanjut dapat dijalankan dengan teliti dan lengkap.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 2 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.0. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 2 Mac 2022:

Kes sembuh: 27,557 kes [3,169,669 kes kumulatif (90.7%)];
Kes baharu: 27,500 kes (3,496,090 kes kumulatif);
Kes import: 428 kes [389 warganegara (90.9%); 39 bukan warganegara (9.1%)];
Kes tempatan: 27,072 kes [25,904 warganegara (95.7%); 1,168 bukan warganegara (4.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 360 kes (139 kes disahkan COVID-19; 221 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 194 kes (77 kes disahkan COVID-19; 177 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 27,500 kes harian yang dilaporkan pada 2 Mac 2022:

189 kes (0.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
27,311 kes (99.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:
Kategori 1: 9,292 kes (33.79%);
Kategori 2: 18,019 kes (65.52%);
Kategori 3: 71 kes (0.26%);
Kategori 4: 38 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 80 kes (0.29%).

Daripada 189 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 2 Mac 2022:

25 kes (13.23%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
89 kes (47.09%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
38 kes (20.11%) telah menerima dos penggalak (booster);
108 kes (57.14%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
48 kes (25.40%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PPV TAMBAHAN BAGI PROGRAM IMUNISASI COVID-19
KEBANGSAAN KANAK-KANAK (PICKids) SECARA WALK-IN

https://facebook.com/story.php?story_fbid=328891819272828&id=100064560379224
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 11.30 pagi ini secara langsung di FB KKM.
Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin

https://fb.watch/bvZqzOS7W1/
Brought-in-Dead (BID) bermaksud kes kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan dan dibawa ke Jabatan Forensik.

Siapakah golongan berisiko?

⚠️ Pesakit tidak mengetahui mereka menghidap COVID-19
⚠️ Pesakit yang menjalani kuarantin di rumah
⚠️ Pesakit lambat mendapatkan bantuan kecemasan
⚠️ Pesakit mengalami happy hypoxia

BID COVID-19 boleh dielakkan dengan

Pantau dan kemaskini status kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahtera
Terus lakukan pemantauan kendiri setiap hari sehingga tamat tempoh kuarantin jika tidak bergejala
Ketahui dan kenal pasti warning signs COVID-19
Kesesakan bernafas boleh dipantau menggunakan pulse oximeter
Ahli keluarga atau rakan serumah perlu prihatin dengan keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19

Segera hubungi 999 sekiranya berlaku kecemasan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku