CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Congrats to Terrance Lee and Kingston Lee who had their jabs at PPV IOI City Tower today 👏🏼

Datuk Lee Chong Wei 李宗伟 and family are ensuring they're getting protection from Omicron under the #PICK programme.

A total of 805,676 children aged between 5 and 11 years have received the first dose of COVID-19 vaccine under #PICKids

Register your children now, protect them, prevention is better than cure.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Varian Omicron yang merupakan varian paling dominan dalam negara kita sekarang tetap serius dan berbahaya kepada golongan berisiko tinggi khususnya yang belum menerima dos penggalak.

Kita harus bersama-sama memastikan agar ahli keluarga, jiran serta rakan-rakan kita supaya terus terlindung daripada kesan buruk jika dijangkiti oleh COVID-19.

Bawalah warga emas dan ahli keluarga yang berisiko tinggi untuk segera mengambil dos penggalak. Anda hanya perlu walk-in di PPV berdekatan bagi tujuan itu.

- YB Khairy Jamaluddin -
Klik https://www.facebook.com/100068159346549/posts/275048674777109/?d=n untuk baca e-majalah MyHEALTH edisi Mac 2022. Antara intipatinya adalah seperti Penularan Varian Omicron dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 1 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Lapan) 8 negeri iaitu WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (65%), Johor (63%), Melaka (63%), Kelantan (58%), Perlis (55%), Selangor (55%), dan Sabah (53%)menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Kelantan (94%), WP Kuala Lumpur (95%), Perak (90%), WP Putrajaya (86%), Selangor (81%), Perlis (78%), Pahang (73%), Johor (66%), Terengganu (62%), Pulau Pinang (60%), Sabah (54%), dan Sarawak (52%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (60%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 213 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 1 Mac 2022:

Kes sembuh: 25,548 kes [3,142,112 kes kumulatif (90.6%)];
Kes baharu: 25,854 kes (3,468,590 kes kumulatif);
Kes import: 448 kes [378 warganegara (84.4%); 70 bukan warganegara (15.6%)];
Kes tempatan: 25,406 kes [24,543 warganegara (96.6%); 863 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 374 kes (134 kes disahkan COVID-19; 240 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 213 kes (74 kes disahkan COVID-19; 139 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 25,854 kes harian yang dilaporkan pada 1 Mac 2022:

152 kes (0.59 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
25,702 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 8,877 kes (34.33%);
Kategori 2: 16,825 kes (65.08%);
Kategori 3: 87 kes (0.34%);
Kategori 4: 37 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 28 kes (0.11%).
Daripada 152 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 1 Mac 2022:

25 kes (16.45%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
89 kes (58.55%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
38 kes (25.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
65 kes (42.76%) berumur 60 tahun dan ke atas;
51 kes (33.55%) mempunyai komorbid dan;
1 kes (0.66%) kes adalah ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Bermula 3 Mac 2022, ujian pengesanan COVID-19 harian tidak perlu dilakukan lagi bagi pengembara VTL, LITB, OSC dan juga pengembara dari United Kingdom.

As of 3 March 2022, daily COVID-19 tests are no longer required for VTL, LITB, OSC travellers as well as travellers arriving from the United Kingdom.
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI)
VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 25 FEBRUARI 2022
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 1 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.02. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pengudaraan & pencahayaan yang baik di dalam rumah sangat penting dalam usaha mencegah penularan kuman Tibi.

Ini kerana, kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk dan bersin.

Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana ia dapat membantu membunuh kuman Tibi.

Pastikan rumah anda turut mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.

Amalkan etika batuk yang betul iaitu menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin.

Sumber: Institut Perubatan Respiratori
Sehingga jam 3.00 petang, 2 Mac 2022, terdapat dua (2) negeri masih dilanda banjir iaitu Kelantan dan Terengganu. Daerah yang dilanda banjir berkurang dari 13 kepada sembilan (9) manakala jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang dari 139 hari sebelumnya kepada 94. Jumlah mangsa banjir menurun kepada 23,940 orang pada hari ini berbanding semalam (24,650 orang).

Sebanyak 65 kes COVID-19 telah dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir di negeri Kelantan (55 kes) dan Terengganu (10 kes) dengan jumlah kumulatif di kedua-dua negeri ini adalah sebanyak 105 kes. Dari 65 kes yang dilaporkan, sebanyak 37 kes telah dikesan melalui saringan kemasukkan ke PPS, manakala 28 kes adalah kes COVID-19 yang telah diketahui (known case). Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan. Kesemua kes telah diasingkan dari mangsa banjir yang lain iaitu di PKRC (6 kes), PPS Khas (35 kes), berlainan blok dalam PPS yang sama (11 kes), hospital (2 kes) dan rumah (11 kes).
Daripada 435 orang mangsa banjir yang telah diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai 321 (73.79%) orang diberi rawatan pesakit luar. Terdapat 16 kes acute respiratory infection (ARI), dan 10 kes skin infection dilaporkan. Tiada kes conjunctivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 27 fasiliti kesihatan dilaporkan beroperasi. Fasiliti kesihatan yang masih tidak beroperasi berkurang kepada tiga (3) berbanding sembilan (9) pada hari sebelumnya.
Pemantauan di peringkat global dan Malaysia melaporkan bahawa kesan Kesan Advers yang dipantau secara dekat atau Adverse Events of Special Interest (AESI) boleh berlaku susulan pengambilan vaksin namun dengan kadar kekerapan yang rendah.

Dikongsikan kadar pelaporan AESI ini di Malaysia berbanding dengan AESI yang dilaporkan di peringkat global.

Penerima vaksin dinasihatkan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan mereka. Segera merujuk ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sebarang kesan advers yang serius atau kesan yang berpanjangan. Ini bagi membolehkan rawatan segera diberikan dan kesan yang dialami dapat dirawat, selain penyiasatan lanjut dapat dijalankan dengan teliti dan lengkap.