CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kanser boleh dirawat melalui pembedahan, rawatan kimo dan radioterapi. Jenis rawatan kanser bergantung kepada jenis kanser dan tahap kanser ketika dikesan. Sekiranya anda dikesan menghidap kanser, dapatkan rawatan di hospital. Patuhi arahan rawatan yang diberi. Jangan bertangguh!
Alkohol meningkatkan risiko mendapat kanser usus besar, kanser payudara, kanser esofagus, kanser larinks, kanser hati, kanser mulut dan kanser tekak. Kurangkan pengambilan alkohol.

Cegah sebelum terlambat!

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
Dengan peningkatan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), langkah-langkah pencegahan COVID-19 di PPS perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan kebajikan mangsa di PPS.

Berikut merupakan carta alir proses kemasukan ke PPS.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm/ANNEX_41_GARIS_PANDUAN_PUSAT_PEMINDAHAN_SEMENTARA_MANGSA_BENCANA_BAGI_MENCEGAH_COVID-19_28112021.pdf
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KEMASKINI PROSEDUR PENGURUSAN PENGEMBARA YANG TIBA DARI LUAR NEGARA MELALUI VTL, LITB DAN OSC
Vaksin COVID-19 : PICKids

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Nur Syakirah Awai, Ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga,KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 28 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.03. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 28 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Lapan) 8 negeri iaitu Kelantan (70%), WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (65%), Johor (63%), Melaka (61%), Perak (58%), Perlis (55%), dan Sabah (53%)menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (106%), WP Kuala Lumpur (91%), Perak (91%), Kelantan (87%), WP Putrajaya (84%), Perlis (78%), Pahang (69%), Johor (68%), Terengganu (60%), Sabah (60%), Pulau Pinang (57%), dan Sarawak (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (57%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 193 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 35% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 28 Februari 2022:

Kes sembuh: 30,624 kes [3,116,564 kes kumulatif (90.5%)], di mana kes sembuh melebihi kes baharu;
Kes baharu: 23,100 kes (3,442,736 kes kumulatif);
Kes import: 298 kes [262 warganegara (87.9%); 36 bukan warganegara (12.1%)];
Kes tempatan: 22,802 kes [22,150 warganegara (97.1%); 652 bukan warganegara (2.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 361 kes (133 kes disahkan COVID-19; 228 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 193 kes (76 kes disahkan COVID-19; 117 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

https://kpkesihatan.com/2022/03/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
9️⃣ Langkah Elakkan Penyakit Berkaitan Banjir

Amatlah penting untuk kita:

Elak dari bermain atau meredah air banjir
Jangan guna air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan

Air banjir tercemar dengan limpahan najis dari tangki septik, najis haiwan dan bangkai haiwan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Jika anda penerima vaksin lengkap Sinovac atau warga emas 60 tahun ke atas (penerima mana-mana jenis vaksin primer), pastikan anda mendapatkan dos penggalak sebelum 1 April 2022 untuk mengekalkan status lengkap vaksinasi.

If you are a Sinovac vaccine recipient or senior citizen aged 60 and above (any type of primary vaccine), please get your booster dose before 1 April 2022 to keep your fully vaccinated status.

Sumber: JKJAV
STATUS KONTAK KASUAL

Bermula 1 Mac 2022, tiada perubahan status risiko di profil MySejahtera bagi mereka yang dikesan sebagai kontak kasual. Notifikasi akan dihantar sekiranya anda disahkan sebagai kontak kasual.

________________________________________

CASUAL CONTACT STATUS

As of March 1, 2022, there will be no change in the risk status of MySejahtera profile for those detected as Casual Contact. Notification will be sent to MySejahtera's profile if you are confirmed as a casual contact.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Seperti yang diketahui, risiko penularan COVID-19 adalah tinggi di dalam bangunan tertutup dengan sistem pengudaraan yang kurang baik berbanding di luar bangunan atau di tempat yang mempunyai ventilasi yang lebih baik.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa virus COVID-19 akan terampai lama di udara dan boleh tersebar sejauh dua (2) hingga enam (6) meter dalam ruangan tertutup tanpa pengudaraan yang baik.

Ikuti panduan pengudaraan dan kualiti udara dalaman bagi tetapan bukan kediaman semasa pandemik COVID-19.
Multi Drug Resistant Tuberculosis (MDR-TB) adalah penyakit yang berlaku apabila seseorang dijangkiti bakteria dan mempunyai kerintangan terhadap 2 ubatan anti-Tibi.

Tempoh rawatan untuk Tibi adalah antara 6 bulan hingga 1 tahun manakala MDR-TB pula antara 9 bulan hingga 2 tahun.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku