CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Omicron telah menyebabkan lonjakan kes COVID-19 di banyak negara termasuk Malaysia Omicron sangat mudah merebak.Walaupun kebanyakan gejala jangkitan adalah ringan, tetapi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai ko-morbid serta tidak divaksin, berisiko lebih tinggi mendapat gejala teruk.

Peningkatan kes harian akan juga meningkatkan bilangan kes bergejala teruk.
Hentikan transmisi virus COVID-19.
Patuhi SOP, Amalkan 3W, Elak 3S, Ambil vaksin dan dos penggalak, serta amalkan TRIIS.
Omicron has caused surge of COVID-19 cases in many countries including Malaysia. Omicron is highly transmissible. Although most symptoms are mild, those aged 60 and over, with co-morbid and not vaccinated, are vulnerable to severe COVID-19 symptoms.

High number of daily cases will also increase the number of severe cases too.
Let’s stop the transmission of COVID-19 virus.
Adhere to SOPs, practice 3W, avoid 3S, Take vaccines and booster, and practice TRIIS.
Tempoh Isolasi Bagi Kes COVID-19 Dan Tempoh Kuarantin Bagi Kontak Rapat Mengikut Status Vaksinasi COVID-19, berkuat kuasa 8 Februari 2022.

Isolation Period for COVID-19 Cases and Quarantine Period for Close Contacts According To COVID-19 Vaccination Status, effective 8 February 2022.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kanak-kanak juga berisiko terhadap jangkitan serius COVID-19 seperti MIS-C. MIS-C akan menyebabkan kanak-kanak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan juga boleh menyebabkan kematian.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kanak-kanak perlu divaksin agar mereka dapat ke sekolah dan bersosial dengan selamat. Dengarkan huraian daripada Dr. Saidatul Norbaya Binti Buang, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga)- PICKids di Sesi Libat Urus bersama media berkaitan dgn PICKids dan AEFI.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bagaimanakah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan vaksin COVID-19? Apakah proses yang perlu dilalui? Ini penjelasan daripada Dr Roshayati Binti Mohd Sani, Pengarah (NPRA) - Penilaian dan Pemantauan Keselamatan Produk Vaksin COVID-19 di sesi libat urus bersama media berkaitan dengan PICKids dan AEFI.
Pada 9 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,134 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,956,332 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan pada hari ini:

• 86 kes (0.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

• 17,048 kes (99.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 4,722 kes (27.56%)
Kategori 2 : 12,326 kes (71.94%)
Kategori 3 : 58 kes (0.34%)
Kategori 4 : 24 kes (0.14%)
Kategori 5 : 4 kes (0.02%)

- KPK KKM -
Daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 86 kes (0.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 17,048 kes (99.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 4,722 kes (27.56%)
Kategori 2 : 12,326 kes (71.94%)
Kategori 3 : 58 kes (0.34%)
Kategori 4 : 24 kes (0.14%)
Kategori 5 : 4 kes (0.02%)

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 5,681 kes (2,829,752 kes kumulatif, 95.7%)
Kes baharu : 17,134 kes (2,956,332 kes kumulatif);
Kes import : 130 kes [73 warganegara (56.2%); 57 bukan warganegara (43.8%)];
Kes tempatan : 17,004 kes [16,601 warganegara (97.6%); 403 bukan warganegara (2.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 143 kes (83 kes disahkan COVID-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 78 kes (35 kes disahkan COVID-19; 43 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,541 kluster;
Jumlah kluster baharu :15 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,156 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 385 kluster.

Daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

86 kes (0.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
17,048 kes (99.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/02/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Vaksin COVID-19 : Vaksin Kanak-kanak - Apa yang Perlu Kita Tahu

Saksikan dalam rancangan Wanita Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 10 Februari 2022
Masa : 12.00 tengah hari

Panel :
Dr. Rima Marhayu Abdul Rashid
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Bicara DR (Diari Rawat) | Vaksin COVID-19 : PICKids bersama Dr. Selvakumar A/L Sivapunniam, Ketua Jabatan Pediatrik/ Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Nefrologi, Hospital Selayang dan Dr. Saidatul Norbaya Buang, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, KKM.

9 Februari 2022 (Rabu)

https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/494229052309585

'Yang sahih di Berita RTM'
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 9 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.47. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Jadikan ujian pengesanan COVID-19 sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan anda.

Amalkan kaedah TRIIS untuk melindungi diri dan orang lain.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kenyataan Media berkaitan Pelaksanaan Pemeriksaan Suhu Badan Sebelum Masuk Ke Premis Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

#SekolahkuSejahtera
#KPMPrihatin
#KeluargaMalaysia
10 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,090 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,975,422 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Daripada kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 113 kes (0.59 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 18,977 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Kategori 1 : 4,898 kes (25.66%)
Kategori 2 : 14,079 kes (73.75%)
Kategori 3 : 79 kes (0.41%)
Kategori 4 : 28 kes (0.15%)
Kategori 5 : 6 kes (0.03%)

- KPK KKM -
Pada 10 Februari 2022, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah bersidang untuk kali yang ke-369 dan bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada produk dolutegravir (DTG) versi generik, iaitu TEGRAD (Dolutegravir Film-Coated Tablets 50mg). Produk tersebut dikilangkan oleh Hetero Labs Limited, India dan pemegang pendaftaran di Malaysia ialah Camber Laboratories Sdn. Bhd.

Penilaian oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) ke atas data kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk TEGRAD didapati memuaskan untuk ia digunakan secara kombinasi dengan produk anti-retroviral lain bagi rawatan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas.

TEGRAD adalah produk generik DTG pertama yang didaftarkan di negara ini dan merupakan manfaat daripada perjanjian Voluntary Licensing (VL) di antara Medicines Patent Pool (MPP) dan pemilik paten DTG, ViiV Healthcare. Perjanjian tersebut yang dimeterai pada bulan November 2020, telah mempertingkatkan akses kepada produk generik DTG di empat (4) buah negara berpendapatan sederhana-tinggi (Upper Middle Income Countries atau UMICs) iaitu Malaysia, Azerbaijan, Belarus dan Kazakhstan. Hetero Labs Limited, India merupakan salah sebuah pengilang yang diberi lesen oleh MPP di bawah perjanjian VL ini untuk menghasilkan produk generik DTG bagi negara-negara tersebut, termasuk Malaysia.

Usaha bagi membolehkan Malaysia menjadi salah sebuah negara yang mendapat akses di bawah VL tersebut telah dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 2014. Ini kerana, pada masa tersebut, akses melalui VL kepada produk generik DTG hanya melibatkan penggunaannya dalam rawatan pesakit HIV pediatrik sahaja. Pada tahun 2015, KKM mula bekerjasama dengan MPP, agar rundingan dengan pemegang paten turut melibatkan akses ke atas ubat generik DTG bagi merawat pesakit HIV dewasa.

Selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa DTG sebagai rawatan utama (first line treatment) bagi pesakit HIV, kelulusan produk ini membolehkan akses yang lebih luas kepada ubat tersebut dengan kos yang lebih berpatutan, tidak kira di fasiliti kesihatan awam mahupun swasta.

KKM melalui NPRA akan terus memantau dan menilai data-data terkini dari semasa ke semasa berkenaan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk DTG ini, bagi memastikan perbandingan manfaat-risikonya (benefit-risk balance) kekal positif. KKM juga akan terus komited dengan usaha-usaha untuk mempertingkatkan akses kepada ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

10 FEBRUARI 2022

https://kpkesihatan.com/2022/02/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-februari-2022-kelulusan-pendaftaran-bersyarat-produk-generik-dolutegravir%EF%BF%BC/