CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pasca Banjir : Apa yang Anda Perlu Buat

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama En. Zairul Afiza Hamzah, Penolong Pengarah dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Awas! Banjir

Dengarkan di Asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama En. Zairul Afiza Hamzah, Penolong Pengarah dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kenyataan Akhbar KPK 28 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 3,434 kes (2,673,084 kes kumulatif, 97.3%);
• Kes baharu : 2,897 kes (2,746,833 kes kumulatif);
• Kes import : 192 kes (178 warganegara; 14 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,705 kes [2,577 warganegara (95.3%); 128 bukan warganegara (4.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 302 kes (244 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 169 kes (94 kes disahkan COVID-19; 75 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,114 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,888 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 226 kluster.

Daripada 2,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 50 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 2,847 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Terkini 62 varian Omicron telah disahkan dgn ujian jujukan genomic penuh & 306 kes lagi telah dikesan tetapi belum disahkan dgn ujian jujukan genomic penuh. Ujian ini yg dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) KKM memakan masa 8 hingga 14 hari.

#KitaJagaKita

- KPK KKM -
Elakkan daripada menziarahi mereka yang sedang menjalani kuarantin di rumah selepas balik dari luar negara.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 28 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.93. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
COVID-19 : Kepentingan Dos Penggalak

Saksikan dalam rancangan Bicara Dr di siaran freeview 123 dan Facebook Saluran Berita RTM pada pukul 9.00 malam ini bersama Dr. Rima Marhayu Abdul Rashid dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM dan Dr. Muhammad Farid Azraai Muhar dari Hospital Shah Alam.

Siaran ulangan akan ditayangkan pada hari Jumaat (31 Disember 2021) pada pukul 3.30 petang di TV1.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Pada 29 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,683 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,750,516 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam
Kenyataan Akhbar KPK 29 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,322 kes (2,677,406 kes kumulatif, 97.3%);
• Kes baharu : 3,683 kes (2,750,516 kes kumulatif);
• Kes import : 239 kes (219 warganegara; 20 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,444 kes [3,325 warganegara (96.5%); 119 bukan warganegara (3.5%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 288 kes (216 kes disahkan COVID-19; 72 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 162 kes (75 kes disahkan COVID-19; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,120 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,893 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 227 kluster.

Daripada 3,683 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 56 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,627 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Penyakit Berbahaya Bawaan Air Banjir

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 9.30 pagi di TV3 bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 29 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pembukaan Semula Sekolah : Persediaan ke Fasa Endemik

Dalam melalui keadaan hidup bersama-sama virus COVID-19, individu, ibu bapa dan warga institusi pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan adalah selamat.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/5007820242602800 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Tolong jangan sesekali makan makanan terendam dalam air banjir ye.

Terima kasih 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan