CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pada 28 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,897 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,746,833 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SARANAN KUMPULAN KERJA TEKNIKAL BAGI VAKSINASI DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)
During this holidays season, please do not let our guard down as Covid-19 and it’s variant is already circulating in the community. We have the tools now and the onus is on us to use the tools to slow down the infection.

1️⃣ Stay at home if possible
2️⃣ Please avoid family gathering if you have symptoms and important to do self RTK
Ag testing
3️⃣ Get vaccinated as soon as possible

We need to strike the right balance between lives and livelihoods despite the surge of omicron covid-19 and the recent floods. Together we can make a big difference in controlling the spread of covid-19 and facilitate our recovery plans.

- KPK KKM -
Berikutan pengumuman YB Menteri Kesihatan pada sidang media hari ini, sekatan perjalanan sementara ke atas 8 buah negara yang dikenakan sebelum ini ditamatkan dan semua negara tersebut dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi.

Pengembara yang tiba dari negara-negara berikut mesti mematuhi protokol yang telah ditetapkan.

Following announcement by the Minister of Health at today’s press conference, temporary travel ban on 8 countries will be lifted and those countries are now included in the list of high-risk countries.

Travelers arriving from the following countries must adhere to the protocol that has been set.
CITF-B telah mencadangkan dos penggalak dan sela masa yang terkini serta keutamaan yang diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi.

- KPK KKM -
Sehingga jam 3 petang 28 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:

Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 121 PPS;

Jumlah negeri dilanda banjir – Lima (5) (Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka);

Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 19,099 orang;

Kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir, 434 kes;
Kes positif COVID-19 di PPS – 14 kes;
Bilangan kluster di PPS – 1 kluster (10 kes); dan
Tiada kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini dalam kalangan mangsa banjir di PPS.

Pada 28 Disember 2021, sebanyak 78 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2.

- KPK KKM -
Pasca Banjir : Apa yang Anda Perlu Buat

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama En. Zairul Afiza Hamzah, Penolong Pengarah dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Awas! Banjir

Dengarkan di Asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama En. Zairul Afiza Hamzah, Penolong Pengarah dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kenyataan Akhbar KPK 28 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 3,434 kes (2,673,084 kes kumulatif, 97.3%);
• Kes baharu : 2,897 kes (2,746,833 kes kumulatif);
• Kes import : 192 kes (178 warganegara; 14 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,705 kes [2,577 warganegara (95.3%); 128 bukan warganegara (4.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 302 kes (244 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 169 kes (94 kes disahkan COVID-19; 75 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,114 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,888 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 226 kluster.

Daripada 2,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 50 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 2,847 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Terkini 62 varian Omicron telah disahkan dgn ujian jujukan genomic penuh & 306 kes lagi telah dikesan tetapi belum disahkan dgn ujian jujukan genomic penuh. Ujian ini yg dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) KKM memakan masa 8 hingga 14 hari.

#KitaJagaKita

- KPK KKM -