CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.05. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sebelum pergi ke kawasan awam, semak dahulu

➡️ Status COVID-19 kawasan tersebut
➡️ Kawasan terbuka atau tertutup?
➡️ Adakah pengudaraannya baik?

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku
PROGRAM TABLETOP EXERCISE COVID-19 KKM 2021

PUTRAJAYA, 15 NOVEMBER 2021 - Program Tabletop Exercise COVID-19 KKM 2021 yang dianjurkan oleh Crisis Preparedness Response Centre Perkhidmatan Hospital (CPRCPH), Program Perubatan dengan kerjasama erat Subject Matter Expert Perkhidmatan Perubatan Kecemasan KKM ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 13 November sehingga 15 November 2021.

Majlis penutup program ini telah dihadiri oleh YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut serta memberi input semasa latihan diadakan. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, YBhg. Datuk Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, YBhg. Datuk Rodzi bin Md Saad dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Dr. Zulkeffeli bin Mat Jusoh serta barisan pengurusan tertinggi KKM.

Objektif latihan simulasi ini dijalankan adalah sebagai langkah proaktif KKM dalam menghadapi keadaan kritikal yang mungkin berlaku seperti kenaikan mendadak kes COVID-19 mahupun bencana lain.

Menerusi program ini, peserta diberikan gambaran simulasi untuk merancang dan membuat tindakan secara strategik ketika berhadapan dengan situasi kritikal atau bencana. Malah, KKM dapat membuat penilaian serta penambahbaikan kepada garis panduan serta pelan kontigensi sedia ada bagi setiap fasiliti kesihatan di Malaysia dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes COVID-19. Latihan ini memberi fokus kepada fungsi kritikal kesihatan disamping memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan yang selamat.

Selain itu, KKM juga dapat menilai serta menambahbaik keberkesanan komunikasi di pelbagai peringkat merangkumi operasi di lapangan, taktikal di peringkat negeri dan strategi di peringkat CPRC Kebangsaan dan CPRC Perhidmatan Hospital KKM.

Program ini dapat mengukuhkan kolaborasi serta komunikasi pelbagai agensi seperti Agensi Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, BOMBA, Polis Diraja Malaysia, APHM, Jabatan Audit Negara, Kementerian Kerja Raya dengan juga NGO.

KKM turut merancang untuk membuat program ini secara berkala kepada semua anggota KKM dan agensi lain yang terlibat sebagai langkah kesiapsiagaan untuk sentiasa berada dalam keadaan siap sedia ketika berhadapan dengan wabak atau bencana. Inisiatif ini juga merupakan platform untuk mengemaskini pengetahuan serta kemahiran sedia ada.

@mohmalaysia
Status COVID-19 di Malaysia setakat 15 November 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

COVID-19 status in Malaysia as of 15 November 2021.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Kadar penggunaan alat bantuan pernafasan, ICU, katil hospital COVID-19 dan pusat kuarantin setakat 15 November.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

Utilisation of ventilators, ICUs, hospital beds and quarantine centres as of 15 November.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Pada 16 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,413 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,556,865 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kepada bakal jemaah umrah berikut adalah kaedah permohonan dos penggalak vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

#boostershot #dospenggalak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. dan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk bagi vaksin COVID-19, Coronavac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection.

Kelulusan pelanjutan jangka hayat ini juga terpakai kepada semua stok secara retrospektif sebelum permohonan variasi ini diluluskan. Pihak pengilang diberi masa 6 bulan dari tarikh kelulusan permohonan variasi untuk mengemaskini tarikh luput yang dicetak pada label vial untuk produk vaksin yang akan dikilangkan.

Sehubungan dengan itu, KKM akan melanjutkan jangka hayat stok vaksin yang masih berada di dalam pegangan stok KKM seperti di Lampiran A. Pelanjutan jangka hayat ini juga terpakai kepada stok yang akan diterima daripada pengilang dalam masa terdekat.

KKM ingin memaklumkan bahawa informasi nombor kelompok yang terlibat boleh dilayari di laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov.my. KKM juga sentiasa komited dalam memastikan vaksin COVID-19 adalah berkualiti, selamat dan berkesan.

https://kpkesihatan.com/2021/11/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-november-2021-pelanjutan-jangka-hayat-produk-vaksin-covid-19-jenis-coronavac-dan-comirnaty/
ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-45)

Sehingga 13 November 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-45], sebanyak 2,541,147 kes kumulatif COVID-19 telah dilaporkan dengan 64,047 kes aktif dan 29,631 kes kumulatif kematian. Kebanyakan indikator utama seperti purata kes aktif, kes kematian, dan kadar kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang menunjukkan tren penurunan. Walau bagaimanapun, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt telah mencatatkan peningkatan harian semenjak 6 November 2021. Kesannya, kes baharu COVID-19 juga meningkat, iaitu sebanyak 11% berbanding minggu sebelumnya.

Situasi ini kekal membimbangkan KKM kerana peningkatan kes baharu dan nilai Rt daripada minggu sebelumnya menggambarkan potensi penularan jangkitan COVID-19 kepada masyarakat dan seterusnya risiko pendedahan yang lebih tinggi untuk dijangkiti oleh virus tersebut.

1. INDIKATOR JANGKITAN COVID-19

Pada ME ke-45 iaitu daripada 7 November 2021 sehingga 13 November 2021;
• Kes baharu COVID-19 menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus iaitu daripada 35,303 kes (ME ke-44) kepada 39,181 kes(ME ke-44);
• Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 5.0 peratus iaitu daripada 65,573 kes (ME ke-44) kepada 62,224 kes (ME ke-45). Penurunan kes aktif ini dilihat konsisten sejak sepuluh (10) minggu lepas;
• Kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 1.3 peratus iaitu daripada 380 kes (ME ke-44) kepada 375 kes (ME ke-45);
• Purata kes yang memerlukan rawatan di ICU menunjukkan penurunan sebanyak 2.0 peratus iaitu 516 kes (ME ke-44) kepada 504 kes (ME ke-4);
• Kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan menunjukkan penurunan sebanyak 13.2 peratus dari 214 kes (ME ke-44) ke 186 kes (ME ke-45).
• Nilai Rt meningkat dari 0.96 (95% CI 0.95 – 0.97) ke 1.05 (95% CI 1.04 – 1.06) sejak 1 November 2021.

2. KLUSTER

Sehingga 13 November 2021, terdapat kumulatif 5,840 kluster telah dilaporkan dan hanya 278 kluster masih lagi aktif (penurunan sebanyak 17.0 peratus berbanding ME ke–44). Walau bagaimanapun, kewujudan kluster tempat kerja yang sebelum ini mencatatkan tren penurunan semenjak ME ke-37 kini mulai meningkat semula pada ME ke-45 selari dengan pergerakan rentas negeri dan pembukaan semula sektor ekonomi sepenuhnya oleh Kerajaan pada PPN Fasa 4. Dominasi kluster di tempat kerja dijangka akan terus meningkat sekiranya pematuhan kepada langkah-langkah pencegahan tidak dipraktikkan oleh majikan terhadap pekerja-pekerja mereka. Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan amalan pencegahan yang digariskan dalam SOP pembukaan ekonomi diamalkan sepenuhnya dalam membanteras kewujudan kluster baharu di tempat kerja.

Kluster pendidikan juga menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding minggu sebelumnya berikutan penambahan negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 4 PPN yang membolehkan sesi persekolahan dilaksanakan secara bersemuka di dalam kelas. Besar harapan Kerajaan terhadap warga pendidik sekalian agar dapat memainkan peranan mereka dalam membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 dengan memastikan anak-anak didikan mereka dapat mematuhi segala langkah-langkah pencegahan semasa berada di institusi pendidikan tersebut.

Sebanyak 98 kluster telah diisytiharkan tamat pada ME ke-45, lalu menjadikan penurunan sebanyak 28.5 peratus berbanding ME ke-44. Sebanyak 41 kluster telah dilaporkan pada ME ke-45 yang terdiri daripada (Jadual 2);
• 24 (58.5 peratus) kluster tempat kerja;
• 11 (26.8 peratus) kluster pusat pendidikan;
• Tiga (3) (7.3 peratus) kluster komuniti;
• Dua (2) (4.9 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi; dan
• Satu (1) (2.5 peratus) kluster pusat tahanan.

3. KAPASITI HOSPITAL

Secara amnya, kadar penggunaan fasiliti kesihatan seperti katil wad biasa dan katil di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) didapati semakin menurun selaras dengan peningkatan liputan vaksin. Namun begitu, penggunaan katil ICU didapati meningkat satu (1) peratus berbanding minggu lepas.
Perincian tren penggunaan fasiliti kesihatan adalah seperti yang digambarkan pada Jadual 3.

Di peringkat kebangsaan, bilangan pesakit COVID-19 yang dirawat di fasiliti kesihatan kian meningkat berbanding ME ke-44, walaupun kategori pesakit 1 dan 2 tidak menunjukkan perubahan ketara kerana bilangan pesakit kategori 3, 4 dan 5 didapati semakin meningkat.

Peningkatan dalam kemasukan pesakit kategori 3 hingga kategori 5 tersebut melibatkan hampir semua negeri kecuali negeri Perlis, Perak, WP Kuala Lumpur , Melaka dan Johor. Oleh itu, KKM akan sentiasa menjalankan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa supaya tindakan awal dapat diambil bagi mengatasi situasi katil hospital yang kembali sesak dengan pesakit COVID-19 di masa hadapan.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 6,013 kes (2,461,780 kes kumulatif, 96.3%);
Kes baharu : 5,413 kes (2,556,865 kes kumulatif);
Kes import : 17 kes (14 warganegara; 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,396 kes [5,172 warganegara (95.8%); 224 bukan warganegara (4.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 545 kes (458 kes disahkan COVID-19 ; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 264 kes (184 kes disahkan COVID-19 ; 80 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,850 kluster;
Jumlah kluster baharu :7 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,598 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 252 kluster.

Daripada 5,413 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
102 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,311 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/