CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kepada warga Malaysia,

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia menjemput anda untuk menyertai satu soal-selidik maya untuk mengetahui tahap pematuhan SOP Norma Baharu dalam kalangan rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19. Ia akan menjadi salah satu rujukan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus mematuhi amalan norma baharu walaupun negara telah beralih ke fasa endemik.

Penyertaan anda adalah sukarela. Semua jawapan dalam soal selidik ini digunakan untuk tujuan kajian dan maklumat peribadi tuan/puan adalah rahsia.

Kerjasama tuan/puan dalam kajian amatlah dihargai dan pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk menyertai soal-selidik ini, sila klik pautan di sini:

https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8

Pihak kami mengalu-alukan anda menjemput ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan rakan sekerja anda untuk menyertai soal-selidik ini.

Sekian, terima kasih.
---
Dear Malaysians,

Institute for Health Behavioural Research (IPTK), Ministry of Health Malaysia would like to invite you to participate in an online survey to know the compliance level of SOP among Malaysian during the COVID-19 pandemic. It will be a key reference in all efforts to improve health promotion strategy in Malaysia.

Your participation is voluntary. All responses are strictly anonymous and no personal details are collected.
To participate, please click the following link:

https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8

We hope you can forward it to your family, relatives, friends and colleagues to participate in this survey.

Thank you

#COVID19 #COVIDー19 #SARSCoV2 #staysafe #fightcoronavirus💪 #kitajagakita💕

https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8
Terkini 62 varian Omicron telah disahkan dgn ujian jujukan genomic penuh & 306 kes lagi telah dikesan tetapi belum disahkan dgn ujian jujukan genomic penuh. Ujian ini yg dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) KKM memakan masa 8 hingga 14 hari.

#KitaJagaKita

- KPK KKM -
𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 & 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗

Situasi negara yang masih sedang menghadapi pandemik COVID-19 sekarang pasti menimbulkan pertanyaan samada mereka yang meninggal dunia akibat virus ini boleh mendermakan organ atau tidak?

JAWAPAN:

Organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 tidak boleh didermakan kerana:

🔹COVID-19 merupakan penyakit berjangkit.

🔹Organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 juga dikhuatiri berisiko menjangkiti penerima organ dan tisu jika didermakan.

🔹Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menetapkan dalam Garis Panduan Perolehan dan Pendermaan Organ Selepas Kematian untuk COVID-19 keluaran tahun 2020 menyatakan semua bakal penderma organ perlu dilakukan ujian calitan COVID-19 sebelum prosedur perolehan organ dan tisu dilaksanakan.

🔹Pendermaan organ dan tisu kardaverik (selepas kematian) hanya boleh dilaksanakan apabila mendapat kebenaran waris secara bertulis menurut Akta Tisu Manusia 1974 (Akta 130).

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 3 – Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama.

😷 Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19.

😷 Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan semasa fasa Peralihan ke Endemik.

Pastikan memakai pelitup muka dengan betul melitupi hidung dan mulut.

Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.

Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.

#KitaJagaKita
#LindungDiriLindungSemua
#ReopeningSafely
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 5 – Sentiasa lakukan penilaian risiko kendiri.

Semasa fasa peralihan ke Endemik kelak, akan berlaku peningkatan mobilisasi dan aktiviti perhimpunan.

Justeru, dalam merancang aktiviti seharian, elemen penilaian risiko perlu diamalkan dan dititikberatkan

🔈Dikongsikan faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa membuat penilaian risiko serta tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko.

💪Lakukan penilaian risiko dan amalkan tindakan bagi pengurangan risiko untuk keselamatan bersama.

#kitajagakita
KERJASAMA KKM DENGAN INDUSTRI TELEKOMUNIKASI SEMASA PANDEMIK COVID-19

KKM telah mengambil pendekatan seluruh negara dalam membendung penularan COVID-19 di Malaysia dengan kerjasama sektor swasta dan orang awam. Sokongan ini berperanan penting dalam mencapai matlamat kami untuk meningkatkan kesedaran tentang COVID-19, memberi sokongan kepada pesakit dan komuniti dengan lebih baik serta meringankan beban pekerja kesihatan dan petugas barisan hadapan. Tontoni video ini untuk mengetahui kerjasama yang telah terjalin antara KKM dengan industry telekomunikasi di Malaysia. Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan!

KKM has taken a whole-of-nation approach in curbing the spread of COVID-19 by joining hands with the private sector and the public. This support has been instrumental in achieving our goal to raise awareness about COVID-19, better support patients and the community, and lighten the burden of our health care workers and frontliners. Watch this video on the cooperation that has been established between MOH and the telecommunications industry in Malaysia. Thank you for the support!

#kitajagakita
Seperti yang telah dijangkakan dalam unjuran kes harian, peningkatan kes Covid-19 akan berlaku pada bulan Nov & Dec 2022. Ini adalah disebabkan oleh varian Omicron XBB dengan kebolehjangkitan yang tinggi.

Lantas tindakan kesihatan awam amat digalakkan dengan pemakaian pelitup muka terutamanya di tempat sesak, ruang sempit & tertutup serta kerap mencuci tangan dgn sanitiser.

Sila dapatkan dos pengalak terutamanya kepada mereka yang berisiko tinggi. Jangkitan semula XBB meningkat kepada 17% berbanding dengan hanya 5% varian omicron iaitu kepada mereka yang pernah dijangkiti.

KKM akan terus memantau situasi semasa. Kita bersama boleh putuskan rantaian jangkitan dengan TRIIS & pematuhan kendiri serta elakkan daripada dijangkiti.

#KitaJagaKita.

- KPK KKM -
Di musim perayaan ini, pastikan kesihatan diri dan keluarga anda sentiasa dipantau dan terjaga. Lakukan ujian saringan kendiri COVID-19 dan laporkan melalui aplikasi MySejahtera.

#LindungDiriLindungSemua
#KitaJagaKita
#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda

Sumber: MySejahtera