CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Seramai 90,277 individu telah menerima vaksin pada 4 Jun 2021 dimana 85,361 daripadanya menerima dos pertama.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang telah menerima vaksin di negara ini melebihi 3.4 juta orang.

Layari Facebook JKJAV untuk mendapatkan maklumat terkini.
#COVID-19
Kenyataan Akhbar KPK 5 Jun 2021 – Kajian Klinikal Produk SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated Keluaran Shenzhen Kangtai Biological Products Co., Ltd., China

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tambahan satu (1) kajian klinikal yang melibatkan vaksin COVID-19 telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 28 Mei 2021. Kajian klinikal ini melibatkan produk SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated, 5μg/0.5mL yang dikilangkan oleh pengilang Shenzhen Kangtai Biological Products Co., Ltd. di negara China.

Kajian Klinikal Fasa 3 ini akan dijalankan di lapan (8) pusat penyelidikan di Malaysia dengan sasaran peserta sebanyak 3,000 orang dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas serta dijangka akan mengambil masa selama 15 hingga 19 bulan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam kajian klinikal ini selain daripada Colombia, Argentina, Pakistan, Filipina dan Ukraine. Vaksin ini juga telah diluluskan oleh negara China melalui Emergency Use Approval pada 14 Mei 2021.

Kajian klinikal vaksin COVID-19 yang dijalankan di Malaysia dapat memberikan maklumat klinikal yang berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin, serta maklumat berkenaan kesesuaian vaksin kepada rakyat Malaysia. Ini merupakan kelebihan yang diperlukan oleh kerajaan untuk memacu ke arah capaian sasaran imuniti kelompok (herd immunity) melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang giat dijalankan di seluruh negara.

https://kpkesihatan.com/2021/06/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-jun-2021-kajian-klinikal-produk-sars-cov-2-vaccine-vero-cells-inactivated-keluaran-shenzhen-kangtai-biological-products-co-ltd-china/