CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian COVID-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula.

Dengan pertambahan 98 kes kematian pada hari ini, ia membawa jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 ke angka 2650. Daripada jumlah ini, 471 kematian berlaku pada tahun 2020, manakala 2179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021. Dalam tempoh 1-29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1144 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan. Ini merupakan jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini.

Bilik simpanan mayat di hospital-hospital KKM kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung penambahan mendadak jumlah jenazah/mayat susulan peningkatan kematian akibat COVID-19.

Sehubungan itu, pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah / mayat pesakit COVID-19 atau bukan COVID-19 di lima buah hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah JB, Hospital Queen Elizabeth I dan Hospital Sungai Buloh serta satu “fleximort” khusus untuk jenazah/mayat pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Setiap kontena khas ini boleh menampung maksimum 20 jenazah/mayat manakala bagi “fleximort” maksimum sebanyak 12 jenazah/mayat.

Dalam mengimbangi nyawa dan kehidupan (life and livelihood), adalah penting untuk semua pihak sentiasa meneliti semula keutamaan mereka mengikut keadaan semasa. Setiap pihak yang berkepentingan, pastinya mempunyai keutamaan masing-masing. Namun bagi KKM dan petugas kesihatan di seluruh negara, keutamaan kami adalah kesihatan awam dan menyelamatkan nyawa.

Apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan dan kapasiti kami untuk merawat, maka para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis). Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas
Jumlah kes COVID-19 yang dimasukkan ke ICU termasuk yang disahkan (confirmed), dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan (suspected and probable) telah mencecah hampir 1,200 kes, jumlah yang tertinggi sejak pandemik ini bermula tahun lepas.

KKM telah menambah kapasiti katil ICU untuk pesakit COVID-19 secara berfasa sejak gelombang kedua pandemik ini. Terkini, dalam tempoh tiga minggu bulan Mei 2021 sebanyak 439 katil tambahan telah dapat disediakan. Secara keseluruhannya, jumlah katil ICU yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 (confirmed / suspected / probable) buat masa ini telah mencapai 1,114 katil.

Kebanyakan katil ICU buat masa ini digunakan untuk pesakit COVID-19, lantas menyebabkan peluang pesakit bukan COVID-19 yang lain untuk menerima rawatan rapi lebih tipis. Keadaan ini sememangnya amat menggusarkan terutama buat petugas kesihatan dan pesakit-pesakit bukan COVID-19. Walaupun jumlah katil ICU untuk pesakit COVID-19 telah ditambah, kadar penggunaan katil ICU masih di tahap melebihi 100%. Ini menyebabkan ada pesakit yang terpaksa dirawat di wad-wad biasa. Dengan pertambahan kes baru harian yang telah mencecah lebih 9,000 kes, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan rapi juga dijangka akan terus meningkat.

KKM akan terus mengenalpasti lebih banyak ruang di dalam hospital untuk ditukar fungsi (repurpose) sebagai katil ICU dan menyediakan peralatan perubatan dan kelengkapan lain yang diperlukan. Hospital Medan ICU di Hospital Kepala Batas serta cadangan pengambilmilikan sementara Hospital Pakar Kanak-kanak UKM juga adalah antara langkah meningkatkan kapasiti ICU seterusnya.

Namun, sumber tenaga manusia merupakan antara cabaran utama dan ramai anggota kita telah pun dimobilisasi untuk menjalankan lain-lain fungsi dalam pengurusan pandemik ini. Anggota KKM daripada pelbagai kategori termasuklah pakar bedah di beberapa hospital telah pun dikerahkan untuk perawatan pesakit COVID-19.

Marilah kita kekal duduk di rumah. Jika anda mempunyai urusan penting di
#COVID19 Sebanyak 471 kematian berlaku pada 2020 manakala 2,179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021.

Dalam tempoh 1 hingga 29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan.

#StayHomeStaySafe
Jumlah kes positif baharu hari ini (6,999).

#COVID-19
Sidang Media oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah
(30 Mei 2021)

https://fb.watch/5P4hcsIJg7/
17 kluster baharu dilaporkan hari ini dan perincian setiap kluster adalah seperti dalam lampiran.

#COVID-19