CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Ada pertambah negara dalam statistik yang dikeluarkan pada 9 Mac 2020 jam 6.00 petang. Negara Albania catatkan 2 kes positif jangkitan COVID-19. Jumlah keseluruhan negara yang terlibat adalah 105.

Jumlah kematian di Amerika Syarikat meningkat kepada 21 kes berbanding 19 dalam statistik sebelumnya.

Jumlah negara dengan satu (1) kes adalah sebanyak 17 manakala jumlah negara dengan dua (2) kes adalah sebanyak 8.

Dalam perkembangan lain, Malaysia catat 18 kes baru (kes ke-100 hingga kes ke-117), menjadikan kes kumulatif di negara ini sebanyak 117 kes.

Dua kes masih dalam Unit Rawatan Rapi.

Bagi kes ke-101, kes ini dikesan di kalangan Patient Under Investigation (PUI) melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.
COVIDー19 Satu lagi kes iaitu kes ke-87 telah sembuh dan discaj dari PPUM semalam, 9 Mac.

Lelaki 68thn warga tempatan itu disahkan positif pada 5 Mac lalu.

Ini menjadikan 25 kes telah sembuh dan discaj.
Pihak Pengurusan Tertinggi KKM mengamalkan letak tangan di dada dalam mencegah COVID-19.

Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kematian di Sepanyol dan Perancis meningkat kepada 35 dan 33, mengikut laporan terkini dikeluarkan WHO.

Itali kekal sebagai negara yang mencatatkan kes kematian tertinggi di luar China iaitu sebanyak 631. Peratus kematian negara tersebut (6.2%) melepasi China (3.9%).

Malaysia kekal dengan 129 kes positif. 25 dari jumlah tersebut telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Semalam, KKM laporkan kes ke-87, seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun telah sembuh dan discaj.

Anda mampu cegah COVID-19, terus amalkan kebersihan diri seperti yang dinasihatkan oleh KKM.

Basuh tangan dengan sabun dan air, elakkan bersalaman atau bersentuhan jika anda atau orang sekeliling mempunyai simptom-simptom seperti batuk, demam, selsema dan sesak nafas.
Apa yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya ada pekerja yang bergejala COVID-19?

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hari ini kita dikejutkan dengan penularan Covid-19 yang melanda masyarakat di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda bahawa Covid-19 tidak menjangkiti melalui makanan?

Penularan Covid-19 hanya melalui mukus yang mengandungi titisan salur pernafasan (droplets) yang dijangkiti oleh novel-coronavirus di antara haiwan dan manusia semasa bercakap, bersin atau batuk. (Sumber : WHO)

5 amalan mengelakkan jangkitan penyakit yang anda perlu tahu :

1. Jaga kebersihan diri dan kerap cuci tangan
2. Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak
3. Masak dengan cara yang betul
4. Simpan makanan pada suhu yang selamat
5. Gunakan air dan bahan mentah yang selamat

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia