CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
BERITA TERKINI

Jumlah kes positif #COVID2019 di seluruh dunia melebihi 5.09 juta.

Kematian pula melebihi 332,000 dan 1.9 juta telah pulih.

China catat kadar kesembuhan paling tinggi lebih 94% dan UK paling rendah 0.45%.

Kadar kesembuhan di Malaysia 82% antara yang tertinggi di dunia.

Kadar kematian di Rusia lebih rendah berbanding Eropah kerana negara itu belajar daripada pengalaman yang berlaku di Itali dan Sepanyol.

Rusia cepat bertindak mengasingkan individu yg berisiko, menyediakan hospital rawat COVID-19 serta kuarantin pesakit positif.

- CPRC KKM
PENGUMUMAN

Jangan lupa temujanji kita pada hari ini kira-kira jam 4.30 petang.

Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton setia sidang media KKM yang sentiasa bersama dengan kami setiap hari bagi mengikuti informasi terkini Covid-19 di negara.

Anda pendorong kami untuk terus memberikan yang terbaik. 💪

#perkembanganterkinicovid19malaysia

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 22 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 78 (Terdapat 25 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,137

Jumlah kes aktif: 1,163

Kes sembuh: 63

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,859

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 9 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 115


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Old folks homes are at high risk of COVID-19 infection. To date 21 (0.2%) residents and staff at nursing homes had tested positive for the COVID-19 out of the 9,122 samples taken to date.

Tests had been conducted at 267 old folks homes so far. 18 (85.7%) were asymptomatic.

From Director-General of Health, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah @DGHisham

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilftiri pada esok hari, KKM sekali lagi ingin menyeru agar semua rakyat Malaysia mengamalkan SOP yang telah disarankan. Aktiviti seperti ziarah kubur, kunjung-mengunjung rumah saudara mara, kalau boleh, tak perlulah kita lakukan untuk raya kali ini. Cukuplah sekadar beraya bersama ahli keluarga yang ada di rumah sahaja. Jadikan perayaan kali ini sebagai pengalaman baru buat kita semua, dan bukannya kenangan pahit.

ELAKKAN 3S

1) Tempat yang SESAK
2) Tempat SEMPIT dan tertutup
3) SEMBANG atau berbual dalam jarak dekat

AMALKAN 3W

1) WASH - kerapa cuci tangan dengan air dan sabun
2) WEAR - pakai pelitup muka jika bergejala
3) WARN
- elak dari bersalaman dan bersentuhan
- amalkan etika batuk dan bersin
- lakukan disinfeksi
- duduk rumah
- dapatkan rawatan jika bergejala

Kita sama-sama ambil tanggungjawab dan amanah ini bersama.

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 23 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 48 (Terdapat 4 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,185

Jumlah kes aktif: 1,158

Kes sembuh: 53

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,912

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 9 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 115


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM