CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
NEWS FLASH

Kuala Lumpur, Isnin, 4 Mei 2020 - Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali telah menyantuni petugas-petugas perubatan dan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini.

Berita lanjut boleh didapati dengan klik pautan di bawah.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157012230916237
NEWS FLASH

Lima negara bilangan kes positif COVID-19 harian yang tinggi ialah negara India (3,767 kes) negara United Kingdom (3,990 kes), negara Brazil (6,018 kes), negara Rusia (10,581 kes) dan negara Amerika Syarikat (20,865 kes).

Negara Belgium pula masih tertinggi kadar kematiannya iaitu 15.76%.

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Amalkan dan budayakan kelaziman/ norma baharu dalam kehidupan seperti:

1. Penjarakan sosial
2. Elakkan Perhimpunan
3. Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun
4. Sangat digalakkan memakai topeng muka dan hidung (Pelitup Muka) di tempat awam

Kepatuhan sosial dan disiplin sosial adalah penting untuk kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam komuniti.
Ia adalah tanggungjawab sosial.- KP Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Siaran langsung perkembangan terkini #covid19malaysia pada hari ini akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang.

Sudahkah anda mendaftar dengan aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera membolehkan rakyat Malaysia:

1. Mengetahui risiko mereka terhadap COVID-19.
2. Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan COVID-19.
3. Melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa.
4. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia.
5. Mengetahui dan mencari 'Hot Spot' COVID-19 di sekitar mereka.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play, App Store, dan AppGallery.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 5 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 30 (Tiada kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,383

Kes sembuh: 83

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,567

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 24 (Seramai 8 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 106


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
- Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask)
- Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
- Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM
Today is World Hand Hygiene Day

Practice proper hand hygiene to protect yourself and your family against #COVID19.

Here are the hand washing techniques you must always keep in mind.

#WorldHandHygieneDay

- CPRC KKM
Salam sejahtera!

Jom kemaskini aplikasi MySejahtera versi 1.0.15 untuk menikmati fungsi-fungsi terbaru seperti di bawah:-

1. QR Code di Profile
2. MySejahtera QR Code Scanner
3. SOP for Economic Restart CMCO dari 26 kementerian dan agensi

IOS:

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Android:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Huawei:

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603


*Sehingga kini, seramai 560 ribu pengguna telah mula menggunakan MySejahtera. Tahniah kerana menjadi wira negara untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID19 di Malaysia.
NEWS FLASH

Pengumuman Waktu Operasi Terbaharu Bagi CPRC Kebangsaan bermula 4 Mei 2020 yang akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Talian bagi whatsapp telah ditambah menjadi empat talian pada masa ini.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan #COVID19Malaysia , anda boleh terus berhubung dengan Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan sama ada melalui talian telefon, emel atau whatsapp seperti yang tertera.

- CPRC KKM