CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
NEWS FLASH

Patuh kepada Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh KKM.

‘Jadi kita (KKM) merayu kepada rakyat Malaysia untuk kepatuhan sosial, tanggungjawab sosial melihat kepada bagaimana kita boleh patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.’ -Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tanggungjawab menjaga kesihatan dan keselamatan diri kini terletak di tangan kita semua.

Sektor lain yang tidak terlibat seperti yang dinyatakan oleh Kerajaan, tolong duduk di rumah, itulah tempat terbaik untuk anda semua ketika ini.

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Petaling kembali menjadi zon kuning sekaligus menjadikan zon merah berkurang daripada 10 kepada 9.

Pulau Pinang hanya tinggal satu kes aktif.

Bagi anda yang tidak terlibat dalam sektor yg mula beroperasi pada hari ini, terus duduk di rumah kerana ia adalah tempat yang paling selamat 😁👍

- CPRC KKM
NEWS FLASH

9 negara telah melebihi 100,000 kes dan yang terbaharu adalah negara Brazil.

Negara Amerika Syarikat mempunyai kadar peratusan tertinggi bagi jumlah keseluruhan kes di dunia iaitu 33.04%.

Negara Belgium masih mempunyai kadar peratusan kematian tertinggi di dunia iaitu 15.72%

- CPRC KKM
NEWS FLASH

32.2% atau 32 kes daripada 99 kematian berkaitan COVID-19 membabitkan kumpulan umur antara 61 hingga 70 tahun, tertinggi berbanding kumpulan usia lain.

Warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik

"Ini satu isu global yang dihadapi oleh negara-negara yang terjejas dengan wabak ini. Walaupun kita belum memahami sepenuhnya jangkitan COVID-19, apa yang jelas ialah risiko jangkitan meningkat mengikut usia, dan individu yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan barah" - KPK Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

- CPRC KKM
**NEWS FLASH**

Salam sejahtera semua!

Seramai 460 ribu pengguna telah mula menggunakan MySejahtera. Tahniah kerana menjadi wira negara untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID19 di Malaysia.

Jom kemaskini aplikasi MySejahtera untuk menikmati fungsi-fungsi terbaru seperti di bawah:-

1. QR Code di Profile
2. MySejahtera QR Code Scanner
3. SOP for Economic Restart CMCO dari 26 kementerian dan agensi


IOS:

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Android:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Huawei:

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603

**- CPRC KKM**
Ikuti perkembangan terkini #Covid19Malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang.

Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan juga menjaga tahap kebersihan diri yang tinggi.

#kitamestimenang

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 4 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 55 (Termasuk kes import seramai 7 orang)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,353

Kes sembuh: 71

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,484

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 28 (Seramai 13 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 105


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
- Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask)
- Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
- Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Sebanyak 55 kes baru dilapor iaitu:
1. 7 kes import

2. 48 penularan tempatan
-24 kes dari kluster dan lokaliti di bawah PKPD, bermaksud mrk telah disaring dan diasing.
-24 kes PUI/SURVELAN tetapi kebanyakan kes berkait dgn kes PKPD spt kluster pasar borong.

- CPRC KKM
Kadar kesembuhan kes COVID-19 di dunia pada hari ini adalah 32.16% atau 1,128,252 kes berbanding semalam 31.91% atau 1,097,945 kes.

Jumlah kes di dunia sudah mencapai 3.5 juta kes.

- CPRC KKM