CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kes positif mengikut negeri setakat 27 April 2020, jam 12.00 tengah hari.

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #COVID19 di Flag of Malaysia Malaysia jam 4.30pm ini

Pautan FB KKM seperti dibawah.
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 28 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 31

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,851

Kes sembuh: 75

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,032

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 36 (Seramai 17 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 100

- CPRC KKM
Taburan keseluruhan kes #COVID19 di #Malaysia termasuk kematian mengikut negeri, 28 April.

Setakat ini, 152,142 individu telah diambil sampel dan diuji dan 3.85% didapati positif.

Ini membuktikan pengujian dan pengekangan yang disasarkan berkesan.

- CPRC KKM
Dengan peningkatan kes pulih daripada #COVID19, ini menjadikan jumlah aktif makin menurun sepanjang PKP Fasa 3 sekali gus berjaya meratakan lengkung (flattening of the curve) dan negara kini memasuki fasa pemulihan.
#StayHome
#KitaJagaKita

- CPRC KKM
Trend mingguan COVID19 sehingga minggu ini (minggu ke 18) menunjukkan pengurangan kes yang ketara. Baki 4 hari lagi untuk menghabiskan minggu ke 18.. Boleh kita kekalkan trend penurunan kes? Duduk di rumah! Terima kasih semua!

- CPRC KKM
Pelaksanaan PKP di negara kita merangkumi empat (4) pelan tindakan (action plan) utama, di mana dua (2) tindakan adalah oleh Kerajaan dan dua (2) lagi tindakan adalah melibatkan masyarakat umum. Tindakan yang telah diambil Kerajaan adalah kawalan pergerakan dan kawalan sempadan.

Perjuangan kita menentang COVID-19, iaitu musuh yang tidak kelihatan ini masih panjang dan usaha kita perlu berterusan. Norma kehidupan yang baharu ini perlu diterapkan ke semua peringkat masyarakat agar ianya menjadi amalan kita semua. Ternyata kejayaan dan pencapaian melandaikan lengkung dan mengawal penularan virus COVID-19 adalah kejayaan bersama, iaitu Rakyat dan Kerajaan.

#kitamestimenang
#covid19malaysia

- CPRC KKM
Kes positif mengikut negeri (setakat 28 April 2020, jam 12 tengah hari).

- CPRC KKM
Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 75 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,032 kes (­­68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 28 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 31 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,719 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 100 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-20…/