CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
TERJEMAHAN TEMU BUAL DENGAN KES 14 DAN KES 19 COVID-19 DI MALAYSIA SETELAH DIDISCAJ DARIPADA WAD ISOLASI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) PADA 24/2/2020

1) Apakah perasaan anda apabila doktor memaklumkan anda pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19?

Kes 14 :
Saya berasa sangat gembira. Saya berasa sangat bertuah kerana keadaan hospital sangat selesa berbanding dengan hospital di China yang sangat sesak dengan pesakit- pesakit.

Kes 19:
Saya berasa terkejut kali ini kerana selalunya mendapat berita yang keputusannya adalah positif


2) Bagaimana pula perasaan anda sebelum ini apabila anda disahkan positif jangkitan COVID-19?

Kes 14:
Saya sudah menjangkakan yang saya akan menjadi positif kerana demam saya berpanjangan sejak tiba di Malaysia. Saya berasa sangat takut kerana terdapat kawan saya di China yang telah didapati positif dan ada juga daripada mereka yang perlu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Kes 19:
Saya tidak terkejut kerana kawan saya (Kes 14) sudah didapati positif. Dia sudah menjangkakan yang dia juga akan positif untuk COVID-19.


3) Bagaimanakah layanan pihak hospital kepada anda semasa menerima rawatan di wad?

Kes 14:
Layanan staf HKL adalah baik. Saya merasakan Malaysia amat maju berbanding dengan sesetengah negara yang lain.

Kes 19:
Layanan staf HKL adalah sangat baik dan memuaskan


4) Apakah nasihat anda kepada orang ramai berkaitan dengan penyakit COVID-19?

Pesakit-pesakit hendaklah mendengar nasihat doktor supaya penyakit ini tidak tersebar, contohnya jikalau ada gejala, hendaklah mengelak daripada keluar ke kawasan awam dan hendaklah sentiasa memakai topeng muka.


5) Apakah yang anda ingin ucapan kepada Kerajaan Malaysia?

Kami berterima kasih dengan staf HKL dan kerajaan Malaysia kerana layanan sangat baik dan tidak ada perasaan stigma terhadap kami.

https://www.facebook.com/170501559668050/posts/3097655716952605/

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kematian akibat #COVID19 di tiga negara iaitu Korea Selatan, Itali dan Iran makin meningkat.

Statistik terbaru WHO merekodkan kematian di Korea Selatan (8), Itali (7) dan Iran (12).

Lima negara baru dijangkiti virus itu - Kuwait, Bahrain, Oman, Afghanistan dan Iraq.
A special briefing session on COVID-19 in Malaysia was held this afternoon in MOH, Putrajaya involving representatives from 66 embassies, high commissions and consulates, four international organisations and five ministries.

The latest update on the COVID-19 situation in Malaysia and preventive measures implemented were presented to the 110 attendees, who then actively engaged with the MOH top management and technical team during the Q&A session.

This engagement is part of our continuous effort to ensure the diplomatic corp and international agencies are well informed of our preparedness and response in facing COVID-19 in Malaysia. We acknowledge the concern on the wellbeing of their respective citizens in Malaysia. MOH will consistently provide transparent and up to date information to ensure appropriate measures can be taken by all.


https://www.facebook.com/373560576236/posts/10156776807646237/
Kenyataan Akhbar KPK 27 Februari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Coronavirus Disease (COVID-19) di Malaysia

Dua (2) kes positif COVID-19 telah pulih sepenuhnya. Mereka adalah kes ke-16 dan kes ke-22.

Kes ke-16 - wanita berusia 67 tahun, warganegara China, mendapat rawatan di HKL.

Kes ke-22 - wanita warganegara Amerika Syarikat, mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Dalam pada itu, satu kes baru positif COVID-19 (kes ke-23) dicatatkan pada 27 Februari 2020, dimana seorang wanita warganegara Malaysia berusia 53 tahun mengalami demam pada 24 Februari selepas pulang dari Jepun sehari sebelumnya.

Rujuk kenyataan penuh


https://kpkesihatan.com/2020/02/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-februari-2020-situasi-terkini-jangkitan-coronavirus-disease-covid-19-di-malaysia/
PENGGANTUNGAN SEMENTARA KEMASUKAN JEMAAH UMRAH, ZIARAH DAN PELANCONG KE ARAB SAUDI

Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengesahkan secara rasmi berkenaan keputusan untuk menggantung sementara kemasukan warganegara asing bagi tujuan umrah, ziarah ke Masjid Nabawi dan pelancongan berkuatkuasa pada 27 Februari 2020. Ia bertujuan untuk mencegah, mengawal dan menghapuskan penularan wabak COVID-19.

Malaysia adalah salah sebuah negara yang perlu mematuhi penggantungan ini namun Kerajaan Arab Saudi menegaskan bahawa langkah ini adalah bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kementerian Luar Negeri Malaysia dengan ini menasihatkan rakyat supaya menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah, ziarah dan juga pelancongan.

Rujuk kepada Siaran Akhbar Kementerian Luar Negeri Malaysia
Satu kes baru dicatatkan semalam, menjadikan kes keseluruhan positif COVID-19 di Malaysia adalah 23.

Kes terbaru ini melibatkan seorang wanita berusia 53 tahun dan merupakan warganegara Malaysia. Beliau ada sejarah mengunjungi negara yang dijangkiti COVID-19 iaitu Jepun.

Dalam perkembangan lain, 2 kes positif jangkitan COVID-19 sebelum ini telah pulih sepenuhnya. Mereka adalah kes ke-16 dan kes ke-22.

Dengan ini, 22 dari 23 kes positif COVID-19 di Malaysia telah pulih dan dibenarkan pulang, manakala satu lagi sedang dirawat.
Belanda menjadi negara terbaru yang mendapat kes positif COVID-19.

Menurut laporan CNA, seorang lelaki telah melawat Lombardy, Itali dan kini telah diisolasikan di sebuah hospital di Tilburg, Belanda.

Sebelum ini, seorang lelaki Brazil turut dikesan positif COVID-19 setelah pulang dari Lombardy.

Pihak berkuasa Itali telah mengambil beberapa tindakan termasuk menyekat aktiviti keluar masuk di 11 buah bandar di negara itu.

https://www.channelnewsasia.com/news/world/first-case-of-covid-19-confirmed-in-the-netherlands-12478958