CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia

Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.73% diikuti dengan Sepanyol, 8.10% dan Itali, 7.33%.

Manakala negara Belgium pula kekal mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia iaitu 14.58%, diikuti dengan Algeria, 14.13% dan Itali iaitu 13.31%

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang

- CPRC KKM
Dua strategi KKM bagi mengesan penularan #COVID19 dalam komuniti setempat

1. Aktiviti survelan yg bertindak sbg sistem pengesanan dan amaran awal melalui:-
a) Pensampelan pesakit yg bergejala Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di hospital dan klinik kesihatan terpilih (sentinel site) untuk kenal pasti jika berlaku jangkitan dlm komuniti
- 8 kes positif #COVID19 dikesan drpd 1,280 sampel atau 0.6%.

2. Pendekatan tertumpu (targeted approach) untuk bendung penularan.
a) Antaranya pengesanan dlm kumpulan berisiko tinggi (spt sekolah tahfiz dan pekerja warga asing) dan kawasan yg dikenakan PKPD melalui bancian penduduk dan active case detection (ACD) yang dijalankan dari rumah ke rumah

-CPRC KKM
Pecahan kes mengikut negeri dan daerah sehingga jam 12pm, 21 April

Mengikut kumulatif kes, zon merah 30 daerah. Mengikut kes aktif, 13 daerah masih kekal zon merah.

Seluruh Perlis kini zon hijau. Terus patuhi arahan PKP, kita putuskan rantaian #COVID19.

-CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 22 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 50

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,532

Kes sembuh: 103

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,452

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 43 (Seramai 25 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 93

- CPRC KKM
Taburan keseluruhan kes #COVID19 di Malaysia termasuk kumulatif kematian mengikut negeri setakat jam 12pm, 22 April

Kes baharu tertinggi di Sarawak (19 kes) dan kumulatif kematian tertinggi ialah Sarawak dan Johor dengan masing-masing 16 kes.

#StayHomeStaySafe

- CPRC KKM
Mengambil iktibar daripada penyebaran jangkitan #COVID19 dalam Kluster Pengerang dan Sub-kluster Rembau, masyarakat diminta untuk kekal patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan elak daripada melakukan sebarang aktiviti kunjung mengunjung ke rumah rakan dan sanak saudara.

Ini termasuk perjalanan merentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-
besaran (termasuk majlis keagamaan dan majlis keraian).

KKM khuatir aktiviti seperti ini yang sememangnya telah menjadi kelaziman rakyat Malaysia, akan mengakibatkan penularan jangkitan #COVID19 di kalangan ahli keluarga terutama golongan warga emas dan kanak-kanak.

Umat Islam di negara ini diseru
menggunakan peluang
#Ramadan yang bakal menjelma menjalankan aktiviti dan amalan keagamaan di rumah.

- CPRC KKM
Salam sejahtera semua!

Seramai 280 ribu pengguna telah mula menggunakan MySejahtera. Tahniah kerana menjadi wira negara untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID19 di Malaysia.

Pasukan MySejahtera telah memastikan masalah pendaftaran yang dihadapi oleh sesetengah pengguna pada 21.4.2020 diperbaiki.

Teruskanlah muat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk membanteras COVID19 di Malaysia.


IOS:

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Android:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Huawei:

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603

- CPRC KKM
Pengumuman Waktu Operasi Terbaru Bagi Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan bermula 24 April 2020 yang akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan #COVID19Malaysia , anda boleh terus berhubung dengan Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan sama ada melalui talian telefon, emel atau whatsapp seperti yang tertera.

-CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #COVID19Malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 5.30 petang

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 23 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 71

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,603

Kes sembuh: 90

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,542

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 42 (Seramai 21 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 95

- CPRC KKM