CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia

Jumlah kes telah pun mencecah 2 juta kes.

Negara Amerika Syarikat mempunyai jumlah peratusan kes yang tertinggi iaitu 31% dan negara Belgium mempunyai kadar peratusan kematian tertinggi iaitu 13.2%.

- CPRC KKM
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia pinned «Salam sejahtera dan salam hormat! Sudahkah anda memuat turun aplikasi mobil MySejahtera? Antara fungsi MySejahtera adalah: 1. Mengetahui risiko anda terhadap jangkitan COVID19. 2. Melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa. 3. Memperolehi maklumat…»
Ikuti perkembangan semasa COVID19 di Malaysia yang akan bersiaran pada 5.30 petang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

*Ringkasan Kes COVID-19 pada 17 APRIL 2020*

*Kes baharu dilaporkan*: 69

*Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia*: 5,251

*Kes sembuh*: 201

*Jumlah keseluruhan kes sembuh*: 2,967

*Jumlah keseluruhan kes di ICU*: 51 (Seramai 26 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

*Kematian*: 2

*Jumlah keseluruhan kematian*: 86

*- CPRC KKM*
Parit Buntar 17 April 2020 -Timbalan Menteri Kesihatan I (TMK I), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali telah menyampaikan sumbangan peralatan perubatan seperti topeng muka, peralatan perlindungan diri (PPE) dan medical goggles kepada Hospital Parit Buntar (HPB), Klinik Kesihatan Jalan Baru (KKJB), Klinik Kesihatan Kuala Kurau (KKKK), Klinik Kesihatan Kuala Gula (KKKG) dan seterusnya mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) serta Klinik Kesihatan Lenggong (KKL) di sini hari ini.

Berita penuh di Laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan di bawah.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156947254006237

- CPRC KKM
Terdapat penambahan zon merah menjadi kepada 29 mengikut statistik terbaru sehingga 12pm, 17 April

Daerah terbaharu zon merah ialah Kulai di Johor.

Terus patuhi PKP, duduk di rumah, penjarakan sosial termasuk di tempat kerja dan kerap basuh tangan.

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM