CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kenyataan Akhbar KPK 22 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,104 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 41,597 kes (75.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga 22 November 2020, sebanyak 1,096 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 54,775 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,843 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,090 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.
Dua (2) negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 603 kes (55.0 peratus) dan diikuti Sabah yang melaporkan sebanyak 311 kes (28.4 peratus). Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 502 kes (83.3 peratus). Negeri Sabah pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat iaitu sebanyak 139 kes (44.7 peratus).
Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2020/11/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-november-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/