CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat Malaysia boleh hentikan rantaian COVID-19 ini. Tapi untuk memastikan ia berjaya, semua pihak perlu patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan dan juga nasihat dari KKM.

Duduk di rumah, tidak perlu keluar jika hanya ingin berjalan-jalan. Ini bukan masanya untuk kita mengambil mudah terhadap usaha yang dilakukan oleh barisan hadapan kita.

Kalau semua patuh pada perintah dan nasihat ini, maka lebih cepat kita dapat putuskan rantaian COVID19. Bukankah itu yang kita semua mahu?

#dudukdirumah
#stayathome
#COVID19Malaysia
#kitamestimenang

- CPRC KKM
If you could see the virus, would you still want to go out?

This message is for those who still wilfully choose to ignore the Movement Control Order (MCO).

"Buat keputusan bijak. Duduk di rumah".

- CPRC KKM
Kita boleh mengelak penularan jangkitan #COVID19 dengan memberi maklumat secara JUJUR sekiranya ada sejarah kontak rapat dengan pesakit #COVID19 ATAU sejarah perjalanan ke luar negara (risiko kes import). #HonestyisPriceless

#BreakTheChain
#StayHomeSaveLives

- CPRC KKM
FB LIVE KKM akan bersiaran jam 5.30PM ini. Kami mohon maaf atas kelewatan yang tidak dapat dielakkan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan @DGHisham akan mengemaskini situasi semasa #COVID19Malaysia.

Jangan ketinggalan menonton kerana kita ada berita 👍👍 👍.

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 6.4.2020:

Kes dilaporkan: 131

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 3,793

Kes sembuh: 236

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 1,241

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 102

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 62

- CPRC KKM
Kuantan, 6 April 2020 -Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, telah meneruskan siri lawatan beliau ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA) dan Hospital Pekan, Pahang di sini hari ini.

Sila klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut dari Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156906140721237?__tn__=K-R0.g
#COVID19Malaysia Dua kluster yg berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran.
1. Persidangan keagamaan di Kuching selama 3 hari. 83 org positif (2 kematian, 5 ICU, 50 sedang dirawat, 25 di pusat kuarantin dan 1 sembuh).
2. Majlis perkahwinan di BB Bangi. 88 kes positif.

- CPRC KKM
HARI INI DALAM SEJARAH
6 APRIL 2020

Bilangan pesakit discaj paling tinggi direkodkan setakat ini iaitu 236 kes.

Ini menjadikan 1,241 pesakit telah sembuh dan discaj atau 33% daripada jumlah keseluruhan kes.

Ayuh Malaysia, sama-sama kita bantu memutuskan rantaian wabak COVID-19 kerana #KitaMestiMenang !

#KitaJagaKita
#DudukRumah

- CPRC KKM
Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia, 6 April 2020.

Negara Amerika Syarikat terus menjadi negara yang mempunyai bilangan kes yang tertinggi di dunia dengan kadar peratus 26.5% daripada jumlah kes seluruh dunia.

Peratus kadar kematian yang tertinggi di dunia ialah 12.32% dari negara Itali.

- CPRC KKM